UMNO KEKAL PARTI ASAS NEGARA

|

Perhimpunan Agung UMNO ke-60 ini menyaksikan pelbagai transformasi untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional diketengahkan...dunia menyaksikan banyak negara telah berubah pemerintahan kepada pembangkang!!! Sebagai contoh di Jepun, kerajaan yang telah memerintah negara itu lebih dari 60 tahun dan membangunkan negara itu selepas perang dunia kedua jatuh ke tangan pembangkang dan sejak dari itu Jepun terus mengalami masalah dalam pentadbiran termasuk menteri kewangannya telah berucap dalam keadaan mabuk dan kemudiannya ditemui mati beberapa hari selepas itu....inilah yang akan terjadi sekiranya pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim berpeluang memerintah negara Malaysia!!! Sikap pemimpin pembangkang dan juga negeri-negeri yang diterajui pembangkang sering kedengaran dengan pelbagai masalah dari sehari ke sehari..

Oleh itu Barisan Nasional dan UMNO perlukan satu agenda untuk memulihkan kembali pemikiran rakyat yang telah diracuni dengan dakyah-dakyah pembangkang yang kebanyakkan telah menipu rakyat dengan mengatakan pemimpin-pemimpin UMNO kotor dan menyalahgunakan wang kerajaan dan rakyat. Sebagai rakyat yang menyokong penuh kerajaan Malaysia, kita seharusnya sedar bahawa politik pembangkang kini menggunakan cara kotor untuk memerintah negara. Pembangkang sanggup menerima Chin Peng pulang ke Malaysia, menghina bapa kemerdekaan dengan mengatakan bahawa YTM Tunku Abdul Rahman menjalinkan hubungan dengan Inggeris menyebabkan negara kita mudah mengecapi kemerdekaan, dan bermacam-macam agenda kotor terhadap pemimpin Barisan Nasional dan UMNO dari dulu sehingga sekarang.!!!

------------------------> UMNO masih releven dan diperlukan untuk mengukuhkan hak-hak bumiputera dan orang Melayu. Lakukan segala yang perlu untuk kembalikan sokongan rakyat kepada parti asas negara ini!!! Harapan untuk UMNO terus bergerak kehadapan perlulah diisi dengan pelbagai wacana yang mampu menjana kesedaran dan menggalas harapan seluruh rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB