Anwar Ibrahim yang telah merangka proses penyingkiran team ulamak dalam PAS melalui Nik Aziz boleh dikatakan telah menerima satu tamparan hebat dimana PAS kini berpecah kepada beberapa kelompok. Satu kelompok menyokong Presiden dan satu lagi kelompok yang menyokong team Erdogen atau team pro-Anwar. Anwar kini memulakan ekspedisi menjadikan PAS sebagai landasan untuk memudahkannya dalam misi menawan Malaysia. Setelah melihat PKR kini tiada lagi hala tuju sebenar Anwar melihat PAS sebagai satu parti yang mampu merealisasikan impiannya menjadi PM Malaysia.
Sekiranya team ini mampu disingkirkan dengan lebih mudah ianya akan digantikan dengan team erdogen yang pro-Anwar yang sememangnya diketahui bahawa team ini akan bersetuju dengan setiap tindak tanduk Anwar dalam merangka misi dan visi pakatan rakyat. Inilah hakikat yang perlu diterima!!! Nik Aziz dijadikan sebagai bahan eksperimen untuk menjalankan agenda Anwar. Sekurang-kurangnya hanya Nik Aziz yang akan dibenci oleh PAS dan bukan umum menyalahkannya.!!!
-------------------> Walaupun ditentang pelbagai pihak, Nik Aziz tetap dengan pendiriannya supaya EGM perlu diadakan untuk membersihkan PAS dari golongan yang cenderong kepada UMNO/BN. Mungkinkah Nik Aziz terhutang budi kepada Anwar sehinggakan sanggup memecahbelahkan PAS demi menurut segala kemahuan dan kehendak Anwar. PAS sudah pastinya akan mengikut segala telunjuk Anwar sekiranya ia digantikan dengan team erdogan. Inilah yang Anwar mahukan!!!