ISLAM & PAKATAN RAKYAT

|

Pada 5 Ogos 2009, Mohd Razali Abdullah (Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Dewan Bandaraya Pulau Pinang, ahli JIM) telah dituduh oleh Jeff Ooi (Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang) sebagai 'ekstremis agama' kerana Razali merupakan ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020. Lim Guan Eng pernah berkata akan mengikut cara pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi staffnya sendiri menyelar syariat Islam secara terbuka. Ketua Menteri kata lain, staff kata lain. Jadi, kita jangan mudah terpedaya dengan permainan kotor Lim Guan Eng yang ingin mengaburi mata dan hati umat Islam di Malaysia dengan kenyataan yang sebegini.

Di Selangor, pada 30 Julai 2009, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbanika di Jalan Liku, Seksyen 8. Ronnie Liu juga turut campur tangan dalam operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis Bandar Sunway selepas itu. Ronnie menyatakan bahawa bir bukanlah minuman keras. Namun Khalid Ibrahim tetap membela Ronnie walaupun Dr. Hassan Ali secara terbuka telah menyelar sikap Ronnie dan meminta MB Selangor melucutkan status Exco Kerajaan Tempatan yang dipegang oleh Ronnie kepada Exco-Exco lain atau MB sendiri.

Inilah akibat apabila berkompromi dengan DAP. Di Pulau Pinang, DAP telah menyelar syariah Islam sebagai ektremis yang ternyata telah menguris hati orang-orang Islam keseluruhannya. Sikap DAP yang selalu bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu sensitivity kaum lain merupakan satu ancaman kepada umat Islam dan bangsa Melayu dan ini dilihat sebagai suatu tindakan biadap!!! dan apabila ianya berlaku tiada permohonan maaf dari pihak samseng DAP!!!. Di Selangor pula, DAP kini sudah berani menghalang operasi membasmi arak dan maksiat oleh pihak berkuasa tempatan. Biar pun didesak untuk letak jawatan, tetapi dua orang DAP ini tetap dibela pemimpin Pakatan Rakyat!!!.

Dulu kata hendak amal ma'aruf, nahi mungkar…sekarang ini wakil rakyat berbogel dan bersekedudukan dibela, bir dikatakan bukan minuman keras dan syariah Islam dicaci sebagai pelampau. Padahnya mengundi DAP. Jangan menyesal kalau DAP buat perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Buat orang-orang PAS, berkawanlah lagi dengan DAP, banyak untungnya bukan???
Akhirnya orang-orang Melayu Islam juga yang rugi...Insaflah!!!
Berilah kemenangan kepada calon UMNO/BN dalam PRK Pmtg Pasir nanti..!!! Tegakkan bangsa Melayu dan Agama Islam!!! Pakatan Rakyat = Pakatan Pemusnah Melayu dan Islam!!!
---------->Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU-13

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB