Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

ISLAM & PAKATAN RAKYAT

|

Pada 5 Ogos 2009, Mohd Razali Abdullah (Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Dewan Bandaraya Pulau Pinang, ahli JIM) telah dituduh oleh Jeff Ooi (Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang) sebagai 'ekstremis agama' kerana Razali merupakan ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020. Lim Guan Eng pernah berkata akan mengikut cara pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi staffnya sendiri menyelar syariat Islam secara terbuka. Ketua Menteri kata lain, staff kata lain. Jadi, kita jangan mudah terpedaya dengan permainan kotor Lim Guan Eng yang ingin mengaburi mata dan hati umat Islam di Malaysia dengan kenyataan yang sebegini.

Di Selangor, pada 30 Julai 2009, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbanika di Jalan Liku, Seksyen 8. Ronnie Liu juga turut campur tangan dalam operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis Bandar Sunway selepas itu. Ronnie menyatakan bahawa bir bukanlah minuman keras. Namun Khalid Ibrahim tetap membela Ronnie walaupun Dr. Hassan Ali secara terbuka telah menyelar sikap Ronnie dan meminta MB Selangor melucutkan status Exco Kerajaan Tempatan yang dipegang oleh Ronnie kepada Exco-Exco lain atau MB sendiri.

Inilah akibat apabila berkompromi dengan DAP. Di Pulau Pinang, DAP telah menyelar syariah Islam sebagai ektremis yang ternyata telah menguris hati orang-orang Islam keseluruhannya. Sikap DAP yang selalu bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu sensitivity kaum lain merupakan satu ancaman kepada umat Islam dan bangsa Melayu dan ini dilihat sebagai suatu tindakan biadap!!! dan apabila ianya berlaku tiada permohonan maaf dari pihak samseng DAP!!!. Di Selangor pula, DAP kini sudah berani menghalang operasi membasmi arak dan maksiat oleh pihak berkuasa tempatan. Biar pun didesak untuk letak jawatan, tetapi dua orang DAP ini tetap dibela pemimpin Pakatan Rakyat!!!.

Dulu kata hendak amal ma'aruf, nahi mungkar…sekarang ini wakil rakyat berbogel dan bersekedudukan dibela, bir dikatakan bukan minuman keras dan syariah Islam dicaci sebagai pelampau. Padahnya mengundi DAP. Jangan menyesal kalau DAP buat perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Buat orang-orang PAS, berkawanlah lagi dengan DAP, banyak untungnya bukan???
Akhirnya orang-orang Melayu Islam juga yang rugi...Insaflah!!!
Berilah kemenangan kepada calon UMNO/BN dalam PRK Pmtg Pasir nanti..!!! Tegakkan bangsa Melayu dan Agama Islam!!! Pakatan Rakyat = Pakatan Pemusnah Melayu dan Islam!!!
---------->Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU-13

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI!!!

|


Seperti yang diketahui, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang dahulunya dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU – 12 sememangnya telah mengundang pelbagai kontroversi yang perlu diselami dan diinsafi terutamanya oleh orang-orang melayu.!!!
Contohnya, berlaku di pejabat setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang sewaktu DAP mula memerintah kebanyakan orang-orang melayu yang datang untuk temuduga di pejabat tersebut telah dilakukan penelitian yang sedalam-dalamnya berbanding dengan bangsa-bangsa lain terutamanya kaum cina.!!! Jelaslah slogan ‘Malaysia Malaysian’ yang dilaungkan ..!!!oleh DAP selama ini tidak mampu di praktikkan dan ianya hanyalah merupakan slogan untuk menarik undi kaum minoriti seperti Cina dan India yang sememangnya tidak mempunyai status bumiputera!!! Adakah ini yang selalu Lim Guan Eng lalakan sebagai pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz???!!!

Selain intu..jelas kata-kata Lim Guan Eng yang ingin menduduki kediaman keluarga hanyalah omongan kosong untuk menunjukkan beliau berjiwa rakyat dimata penduduk Pulau Pinang apabila tak sampai setahun beliau berpindah ke kediaman mewah!!! Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku kepada pemimpin BN??!!! Sudah pasti pembangkang akan melobi sana-sini!!! Inilah yang dikatakan sebagai ‘Pakatan Penipu Rakyat’!!!

Sudah pasti dikesempatan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, Lim Guan Eng akan mula memberi penjelasan berkaitan dengan Kg. Buah Pala yang mana pada masa ini memperlihatkan kelemahan pimpinan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang!!! Akan bermulalah strategi untuk membusukan nama UMNO/BN dalam meraih undi di pilihanaya tersebut nanti…Yang nyata isu Kg. Buah Pala ini menujukkan kepimpinan kerajaan Lim Guan Eng yang mengamalkan resis dalam pentadbiran..!!!

Dengan adanya dua orang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan 2 yang diwujudkan oleh Lim Guan Eng seolah-oleh memberi gambaran sekiranya Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim menjadi PM, beliau akan mewujudkan jawatan-jawatan TPM untuk pelbagai bangsa dan sekurang-kurangnya 3 kerusi untuk jawatan TPM..!!! Sanggupkah kita berada dibawah kuasa mereka???!!! Sekiranya Anwar Ibrahim berundur…sudah pasti jawatan PM akan menjadi rebutan TPM-TPM yang ramai ni…!!! Masa tu dapatlah kita lihat perpecahan antara kaum yang dimulai oleh Anwar Ibrahim!!!

Inilah plan terancang Pakatan Rakyat untuk menjahanamkan Malaysia dan memberi peluang kesamarataan kepada kaum cina dan india..!!! Sanggupkan maruah orang-orang melayu tercalar hanya kerana perbuatan Anwar Ibrahim!!!

Kepada pengundi-pengundi DUN Pmtg Pasir….undilah calon UMNO/BN kerana UMNO/BN sentiasa meletakkan calon yang berwibawa untuk semua rakyat..!!!

----------------> Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU-13

MENJELANG PILIHANRAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR

|



Allahyarham Dato’ Mohd Hamdan Abdul Rahman telah aman bersemadi menghadap Maha Pencipta. Semoga segala amalan baiknya di dunia ini dibalas dengan kebaikkan di akhirat kelak… Seperti biasa setiap ahli dewan undangan negeri yang berundur mesti diganti dan pilihanraya kecil yang ke-6 bagi tahun 2009 akan diadakan di Permatang Pasir. Seperti yang diketahui, DUN ini berada di bawah kerusi Parlimen yang disandang oleh Anwar Ibrahim.!!! Ternyata pilihanraya kecil ini pasti akan sengit dengan kedua-kedua calon dari UMNO/BN dan Pakatan Rakyat serta mungkin dari calon-calon bebas.

Siasahdaily yang pada awalnya telah menjangkakan Mat Sabu akan bertanding DUN ini. Alasannya adalah kerana Mat Sabu kini sudah mencipta nama di Pulau Pinang dan dilantik menjadi penasihat untuk hal-hal tertentu di sana. Dijangkakan, Lim Guan Eng akan campurtangan sekiranya calon PAS yang diletak di sana adalah mereka yang beraliran agama yang mampu menggugat pemerintahan beliau yang kononnya ingin mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Umum mengetahui ianya hanya indah khabar dari rupa. Alasan yang akan diberikan oleh Lim Guan Eng ialah sekiranya PAS Kelantan boleh meletak calon bukan beraliran agama (seperti ustaz atau ulamak) iaitu kini (YB Fauzi) yang merupakan seorang pemborong ikan, kenapa di Pulau Pinang tidak boleh. Kalau di Kelantan majoriti Melayu menerima 'pemborong ikan', kenapa tidak boleh letak calon popular seperti Mat Sabu di Permatang Pasir. PAS yang bagai lembu dicucuk hidung perlulah mengikut rentak Pakatan untuk menjaga hati orang Cina dan India terutamanya di Pulau Pinang.

Di Permatang Pasir PAS dan Pakatan dijangka akan menggunakan isu peribadi dan masalah dalam keluarga Perdana Menteri. Misalnya isu Rosmah!!! Tujuannya, apabila menarik kebencian kepada isteri PM, secara tidak langsung rakyat akan membenci UMNO/BN. Setelah pelbagai serangan telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat kepada Najib Tun Razak tidak menjadi dan dipandang sepi… Dasar-dasar PM kini dikatakan mampu mengurangkan undi majoriti penduduk terhadap Pakatan dan PAS.
PAS seperti kebiasaan akan menggunakan isu memburukkan peribadi lawan terutama UMNO/BN termasuk memutarbelit apa yang berlaku di Kg Buah Pala dan beberapa isu lain. Anwar pula akan memulakan cakap-cakap talam dua muka yang telah sekian lama sebati dalam jiwanya. Disebabkan DUN ini berada dibawah Parlimen Anwar, Anwar sudah pastinya akan menggunakan pelbagai kelebihan di tempat sendiri bagi mengembalikan keyakinan rakyat di DUN Permatang Pasir setelah beberapa pilihanraya kecil menyaksikan sokongan orang-orang melayu terhadap Pakatan Rakyat semakin menyusut…

Kita akan saksikan tembelang pembangkang yang semakin retak menanti belah di PRK Pmtg Pasir kali ini…semoga Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin akan mengatur strategi untuk merampas kembali kerusi DUN tersebut.!!! Kita doakan bersama.!!!

-------> Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU-13

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB