DIMANAKAH SUARA DUN PERAK??!!!!

|

Hari ini hampir 3 bulan sidang Dewan Undangan Negeri Perak tidak bersidang setelah Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak yang dirasmikan oleh DY Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah telah berlaku huru-hara yang dicetuskan oleh Adun-Adun Pakatan Rakyat di negeri Perak. Wajarkah seorang pemimpin Islam yang kononnya berfahaman politik Islam iaitu PAS menjadi ketua atau dalang dalam merosakkan majlis tradisi sejak sekian lamanya menjadi sebahagian dari Perlembagaan Negara dan Negeri Perak sendiri. Sikap angkuh bekas menteri besar Perak iaitu Nizar Jamaludin yang langsung tidak menghormati konsep Raja berpelembagaan jelas menunjukkan sikap biadap sebenar para pemimpin pakatan rakyat!!!


Nizar sebagai rakyat yang sepatutnya menerima titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak supaya berundur dari kerusi MB Perak, bukan memberi alasan atau ‘sembah derhaka’ sebagai tanda protes terhadap keputusan baginda. Ini secara tidak langsung menunjukkan sikap Nizar yang mendapat tunjuk ajar dari Adun DAP sanggup mempertikai keputusan DYMM Sultan Perak hingga membawa isu menteri besar ini hingga kepada Mahkamah yang seolah-oleh mahu mencabar keputusan baginda…Melayu jenis apa Nizar ni???!!!


Apa pun apabila selesai pembukaan Dewan Undangan Perak kita dapat lihat pelbagai kemajuaan yang dibawa oleh kerajaan UMNO/BN ke negeri yang penuh dengan sejarah politik dari dulu sehingga kini..!! Orang-orang Perak pun sudah mulai sedar dengan pemerintahan Nizar dan konco-konconya yang secara terang-terangan hanya memberi keistemewaan kepada kaum-kaum tertentu terutama kaum Cina!!! Walaupun sehingga kini DUN Perak belum bersidang, namun kita dapat lihat negeri ini aman dan terus sejahtera dibawah pemerintahan UMNO/BN…Apapun, kita harapkan sejarah orang-orang Melayu menderhakai Sultan biarlah setakat ini sahaja…janganlah berulang selepas penderhakaan Laksamana Hang Jebat dan menghalang upacara mengangkat sumpah MB Perak..!!!


Insaflah wahai orang-orang Melayu..bangsamu ditertawakan dari jauh!!! Jangan kelak kita akan lihat bangsa Melayu yang ratusan tahun telah menduduki tanah ini merempat dan terpinggir menjadi hamba di tanah air sendiri…Jangan kita biarkan manusia seperti Nizar yang sanggup menjahanamkan bangsa Melayu demi mempertahankan status politik PAS dan DAP !!!
Apa pun diharapkan kerajaan Persekutuan dan kerajaaan negeri Perak dapat menyelesaikan secepat mungkin isu MB Perak, Speaker dan status sayap kanan serta kiri DUN Perak agar persidangan dapat dilangsungkan dengan seberapa segera untuk kebaikan bersama terutama rakyat Perak !!! Teruskan pentadbiran yang berkesan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir !!! DUN Perak rindukan suara ADUN-ADUN Perak !!!


-------> Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU-13

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB