Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Kenapa semua calon PKR bermasalah?!!!

|


Zul Hassan aktivis PKR yang memegang jawatan dalam Majlis Daerah Perak pernah berkata kepada media sebagai "seks seperti menerima sedekah" dan mendakwa dia melakukan perlakuan seks dengan seorang wanita Cina kerana wanita itu offer kepadanya. Itu umpama ’sedekah’, katanya.Malah Zul Hassan bersama Ruslan Sahat (aktivis PKR) yang menjadi juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) serta Kapten (B) Usaili Alias, (Calon PKR Bota) menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan Mahkamah Sesyen, Perak.


Turut berkonspirasi dengan mereka adalah dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR iaitu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, yang juga menghadapi pertuduhan di mahkamah.Kedua-dua Exco PKR ini merasa dirinya teraniaya kerana tidak dibela oleh parti dan Anwar dan akhirnya mereka mengisytiharkan keluar dari parti yang menyebabkan kerajaan PR Perak tumbang.


Di Selangor, ADUN PKR Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah juga menghadapi masalah yang sama.ADUN Pelabuhan Kelang itu dikatakan 'menghilangkan diri' kerana pernah 'tertangkap basah' bersama wanita lain oleh isterinya sendiri. Dia juga menyatakan kecewa kerana peruntukan kawasannya 'disekat' oleh Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PKR Selangor.


Seorang lagi Ahli Parlimen PKR Kapar, S. Manikasavagam menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada Menteri Besar Selangor kerana menyekat peruntukan di kawasannya. Sebagai membantah tindakan itu, dia telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor .Dia juga berkata penyebab lain dia meletak jawatan kerana sudah tidak tahan dengan ‘gelagat’ Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail yang juga Ahli PKR Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga yang menggunakan dana untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa dengan sewenang-wenangnya. Manikavasagam juga mendakwa dia tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan PR Selangor yang memilih Rodziah sebagai ADUN ‘angkat’ kepada DUN Sementa setelah kerusi DUN tersebut dimenangi calon dari Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Palil pada pilihan raya umum lalu.


Sepatutnya jawatan penyelia DUN Sementa diberikan kepada Manikasavagam kerana dia adalah ketua PKR DUN Sementa..Dakwanya lagi, Rodziah telah menyekat tuntutan perbelanjaan yang dibuatnya untuk beberapa aktiviti rakyat dan membantu penduduk yang menghadapi DUN Sementa.Pihaknya agak pelik dengan tindakan Rodziah yang membuka sebuah pejabat di Sungai Kapar Indah dengan perbelanjaan ribuan ringgit dan diuruskan oleh beberapa individu dalam PKR Kapar yang sebelum ini tidak pernah aktif dalam parti.


Di Kedah, V.Arumugam, bekas Adun PKR Bukit Selambau yang juga exco kerajaan Kedah didakwa terlibat dengan skandal seks di luar nikah sehingga melahirkan seorang anak.Ekoran daripada itu lebih 500 pengundi di kawasannya telah menyerahkan memorandum kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membantah exco PKR itu yang dikatakan telah mencemar imej kerajaan Kedah.Anggota Exco itu didakwa sudah berkeluarga dan mempunyai isteri yang sah tetapi dikatakan sering membawa wanita berkenaan ke majlis-majlis di istana dan upacara rasmi kerajaan negeri.


Kenapa semua calon PKR bermasalah???!!! dengan rasuah, penyelewengan wang dan rasuah seks, sedangkan Anwar kata semua calon PKR terbaik bebas dari rasuah dan penyelewengan. Anwar selalu tuduh parti lawannya UMNO yang rosak, rasuah dan penyelewengan, calon PKR semuanya bersih sepenuhnya. Benarkah?Anwar juga kata dia berjuang untuk kepentingan rakyat, dia bebas dari rasuah, seks dan penyelewengan.


Benarkah Anwar manusia mahabersih yang terhindar dari korupsi, seks dan penyelewengan kettika menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu.Adakah kebanyakan calon PKR rosak moral kerana meniru pepatah Melayu, ’bapa borek anak rintik’ .!!!


Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU-13

PERLIS versus KEDAH!!!

|




Sejak YAB Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Dr Md Isa Bin Sabu mengambil alih kerusi MB Perlis dari YB Shahidan Kassim hari ini Perlis boleh dikatakan semakin membangun dari sehari ke sehari. Dengan kejayaan UMNO/BN Perlis memenangi kesemua kerusi DUN kecuali Sanglang dan Parlimen menujukkan kemampuan Md. Isa semakin menyerlah dalam menguruskan pentadbiran negeri. ..

Rakyat kini semakin berpuas hati dengan pentadbiran Md Isa malah beliau disifatkan oleh pembangkang di DUN Perlis sebagai MB yang telah menyalurkan hasil negeri kepada rakyat secara menyeluruh.!!! Ini sekaligus menunjukkan pretasi dan reputasi baik terhadap kepimpinan UMNO/BN Perlis secara khusus dan kerajaan perserkutuan amnya.
Kini dapat dilihat kesemua projek-projek tertangguh disiapkan dengan segera..!!! serta termasuk beberapa projek baru di Kangar dan paling banyak di Kuala Perlis…

Sifat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Md Isa juga menambahkan keyakinan rakyat meneruskan kesinambungan kepimpinan UMNO/BN Perlis.. Tahniah Dato’ Seri!!!

Berbeza dengan kepimpinan di negeri Kedah yang diterajui oleh Ustaz Azizan kelihatan begitu lemah dan amat memalukan..!!! Projek-projek dinegeri Kedah kini secara keseluruhan adalah dari kerajaan Barisan Nasional sebagai bukti lihat saja pada papan tanda projek semuanya atas nama kerajaan persekutuan!!!Sepanjang penelitian hampir setahun setengah PAS mengambil alih negeri Kedah, tidak ada satu pun projek yang belum boleh dilihat dan dibanggakan oleh rakyat negeri ini!!!

Ternyata pentadbiran yang lemah dibawa oleh PAS ke dalam kerajaan negeri Kedah.!!! Seperti biasa apabila sesuatu projek di jalankan kerajaan persekutuan di Kedah…konco-konco Ustaz Azizan yang akan lebih-lebih seolah-oleh projek tu projek mereka..!!! Berbeza dengan PerlisKedah kini kelihatan lebih tidak membangun dari pelbagai aspek..mungkin kita akan lihat Kedah akan membangun selepas PRU-13 dan kerajaan PAS Kedah haruslah dijatuhkan!!! Ini adalah untuk kebaikan rakyat Kedah yang dahagakan pembangunan yang terhenti kerana pimpinan PAS Kedah yang lembap dan langsung tidak berkesan..!!!Lebih memalukan MB Kedah kini digelar sebagai ‘MB JOKER’ oleh rakyat Kedah sendiri..!!!

Orang-orang Kedah kini mula menyesal kerana memilih PAS sebagai kerajaan negeri…ramai rakyat kini membenci kerajaan pimpinan MB Joker ini..!!! Rakyat Kedah banyak yang telah rugi dengan perberhentian projek menambak sawah untuk pembangunan!!! Fikirlah Ustaz Azizan!!! Kalau tak tambak sawah di Alor Star, macam mana nak bangunkan ibu negeri Kedah??? Sedangkan semua projek tu pada masa yang sama akan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Kedah!!! Alasan MB Joker ni tak nak bagi beras Malaysia kering..!! Boleh blah laa MB joker…!!!

-------------> Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU-13

PENIPUAN Pas Negeri Kedah !

|

Assalamualaikum,...





Kepada rakyat Utara dan Kedah khususnya,...ingatkah lagi anda tentang pengumuman projek Penapisan Minyak yang bakal dilaksanakan di daerah 'Tanah Tumpahnya Darah MB Azizan' baru-baru ini????
Itu baru kawasan,... :)

Tahukah anda yang lokasi projek itu telah diubah dari kawasan Yan (persisir pantai) ke Sungai Limau,...???
Sungai Limau merupakan DUN yang disandang MB Kedah iaitu Dato' Seri Ustaz Azizan!!!

Bukan hanya tempat diubah,...nama industri yang sebelum ini dikenali sebagai 'Zon Industri Petroleum Yan' pun turut diubah dalam memastikan tiadanya kesan sumbangan BN dalam projek ini di mata rakyat!

Tapi,...kali ini lokasi bukan menjadi topik bicara utama,...
Namun apa yang bakal diperkatakan adalah tentang rasionaliti serta ketelusan dan konsistensi dalam melakukan sebarang perlaksanaan oleh kerajaan Pakatan Rakyat @ PAS di Kedah!
Pengumuman perjanjian pembinaan Pusat Penapisan Minyak yang berbilion ringgit harganya itu merupakan projek yang telah diusahakan oleh BN!!!

Untuk pengetahuan anda,...EXCO-EXCO dari kerajaan negeri BN sebelum inilah yang bertungkus lumus mendapatkan pelabur sebesar itu di negeri Kedah...
Mereka (iaitu PAS) hanya menumpang hasil kerja orang lain!!!
Tetapi hari ini sibuk membicarakan tentang pulangan yang bakal diperoleh Kedah setiap tahun bakal mencecah RM 400 juta apabila ia siap kelak!

Sudahlah menumpang,...apa yang anda sebagai rakyat utara perlu tahu lagi adalah,...konsistensi dalam melakukan perlaksanaan (jangan jadi hipokrit)!
Suatu ketika dulu,...ketika MB Azizan menjadi ketua Pembangkang tahukah anda apakah reaksi mereka selaku pembangkang tentang projek ini???

“Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga Adun Sungai Limau berkata projek atas inisiatif pihak swasta itu, yang menelan kos RM50 bilion, akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan juga kesihatan manusia.Beliau turut menunjukkan hasil kajian pakar mengenai bahaya industri petrokima yang membuat tinjauan terhadap sekurang-kurangnya enam tragedi kilang kimia di seluruh dunia”... (sumber Harakah)

Ditanya peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk setempat, Ustaz Azizan berkata :

“Menurut taklimat kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah, diperincikan bahawa semasa pembinaan, sebanyak 5,000 peluang diwujudkan, tetapi apabila operasi bermula, ia hanya tinggal 800”"Dan yang 800 peluang pekerjaan itu sekadar membabitkan tenaga kerja yang pakar dalam sektor petroleum. Orang kampung mungkin boleh jual nasi lemak atau karipap," katanya. (sumber Harakah)


Jika ketika mereka menjadi pembangkang,...beliau menabur kata-kata berunsur tidak setuju serta menganggap projek ini hanyalah penipuan dana kerajaan negeri,....
tapi mengapa kini mereka laksanakan????
KERANA WANG???
atau kerana MB Azizan mempunyai kepentingan tertentu???

-----> Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU 13!!!

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB