Tun Dr. Mahathir: Sokong Kepimpinan Najib Tun Razak

|

Mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir menyeru supaya seluruh rakyat menyokong kepimpinan kerajaan dibawah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Gesaan ini dibuat pada satu program 'Suntikan Semangat Satria 2' yang dianjurkan UMNO Petaling Jaya. Tun membuat andaian negara akan hancur sekiranya diperintah oleh pemimpin yang lemah dan kurrupt!!


Menurut beliau lagi,

"PM Najib memerlukan UMNO yang kuat untuk menentukan kejayaan membangunkan negara dan orang melayu" selain menasihati UMNO bahagian beliau berkata "UMNO perlu menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri terutama yang sanggup melakukan politik wang untuk mengekalkan kedudukan masing-masing"


"Hari ini UMNO lemah! Kita kalah dari prestasi paling baik (PRU-11) hingga paling buruk (PRU-12) bukan disebabkan pembangkang kuat" sambil menggesa UMNO bahagian secara komprehensif melakukan proses untuk mengukuhkan kepimpinan dan jentera parti.


Beliau juga menegaskan bahawa PM Najib bukanlah seorang pemimpin yang lemah. Namun lima tahun dibawah Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan gejala politik wang menular dan pemimpin hanya mementingkan diri sendiri. Ini termasuk Kepimpinan yang enggan mendengar aspirasi sebenar rakyat tetapi lebih rela mendengar semua dalam keadaan baik belaka, walaupun ianya analisa palsu. “Akhirnya, akar umbi dan rakyat bertindak untuk ‘menghantar mesej’ semasa Pilihanraya Umum (PRU 12)”.


-----------------> Kita amat berharap jentera UMNO/BN seluruh negara bersiap sedia dalam menghadapi sebarang PRK selepas Bagan Pinang kerana Pakatan perlu dilupuskan satu persatu bagi memastikan kestabilan dan keamanan negara terus dipolopori oleh kerajaan pimpinan BN.

Pakatan akan merosakkan negara kerana mereka sememangnya tiada hala tuju sebenar dalam politik!!! BN perlu bekerja lebih keras bagi memastikan BN terus dihati rakyat!!!


Undilah Barisan Nasional di Bagan Pinang!!

3 comments:

Anonymous said...

Nasihat TUN masih diperlukan untuk mengukuhkan umno dan bangsa melayu!!! Support Tun M, dam Tun Abdullah!!

Anak Mami said...

Bukan dam tapi DAMN lah!!! Taip tu elok2 la ckit...hahaha

Nashril said...

Najib dilihat mampu mengembalikan keyakinan rakyat terutama org2 melayu ke dalam UMNO bagi mengukuhkan kedudukan orang2 melayu dalam Malaysia!! SYABAS Najib Tun Razak!

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB