Terima Kasih Penduduk Bagan Pinang

|

Hari ini mencatatkan satu kejayaan besar buat Barisan Nasional dimana calon PAS dikalahkan oleh Tan Sri Isa Abdul Samad..!!! Ternyata BN masih diterima luas oleh rakyat Malaysia..!! dengan memperoleh majoriti undi 5475 yang merupakan antara majoriti tertinggi yang pernah dimenangi BN di Bagan Pinang.

Jutaan terima kasih kepada seluruh penduduk Bagan Pinang yang telah memberi kepercayaan kepada BN menerajui DUN berkenaan. Dengan segala kebijaksanaan dan pengalaman yang luas diharapkan Tan Sri Isa akan memberi khidmat bakti kepada seluruh penduduk bagi melunaskan segala janji-janji semasa minggu kempen.!!

Apa yang diharapkan kini adalah BN memberikan suatu input yang baik dalam memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kemenangan BN kali ini..!!! Segala tomahan dan fitnah PAS serta Pembangkang ternyata hanya mengundang kebencian rakyat yang sudah mulai sedar dengan tipu helah pembangkang..

Anwar Ibrahim yang turun berkempen dan tidak mendapat sambutan juga menunjukkan yang rakyat sudah mulai bosan dengan ceramah-ceramah yang menipu dan menghina sesama Islam!!
Janji yang mengatakan Anwar akan bersumpah tidak lain hanyalah omongan untuk meraih populariti untuk pakatan namun semua yang dinantikan rakyat untuk melihat Anwar bersumpah hampa belaka!

----------------> Ternyata kepimpinan Najib Tun Razak mampu menarik undi melayu untuk PRK-Bagan Pinang..Syabas DS Najib!!! Syabas TS Isa!!! Syabas BN!!!

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB