Tahniah DS Najib Tun Razak!!!

|

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang telah menyaksikan semula kebangkitan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional dan sekaligus kepimpinan YAB PM DS Najib Tun Razak!!! Dengan memperolehi kemenagan dengan majoriti lebih 5000 merupakan satu mandat dan kepercayaan yang sangat besar daripada rakyat kepada BN. Apa yang penting kini adalah BN melaksanakan segala amanah dan harapan rakyat bagi memastikan BN akan kembali diterima rakyat secara umum pada PRU-13 akan datang. DS Najib Tun Razak sememangnya mempunyai satu agenda dan wawasan yang besar dalam merialisasikan harapan rakyat Malaysia iaitu untuk melihat negara terus aman, maju dan membangun untuk semua kaum di Malaysia seperti slogan '1 Malaysia', rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Seharusnya rakyat Malaysia berbangga kerana mempunyai seorang PM yang amat prihatin dengan masalah rakyat dan berusaha kuat untuk memberi yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Pakatan Rakyat kini sudah mulai gusar dengan kebangkitan rakyat yang menolak politik sempit yang menjadi amalan mereka sejak sekian lama.!!! Isyarat rakyat yang tidak mahukan Pakatan sudah mulai jelas dan telah diterjemahkan dalam PRK Bagan Pinang. Pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang tidak bersih dan kotor dari segi reputasi diri serta pentadbiran seharusnya tidak diberi peluang untuk menjadi ADUN atau ahli Parlimen untuk kali keduanya. Lihat saja pada pemimpin tertinggi PKR, Anwar Ibrahim yang belum membersihkan nama dari tuduhan liwat dan pemimpin DAP, Karpal yang dengan biadap menghina keputusan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dalam soal pembubaran DUN Perak...

Seperti di Selangor, dengan jelas kerajaan pakatan pimpinan MB Khalid Ibrahim tidak mampu mentadbir dengan cara yang baik dan betul tidak seperti ketika BN mentadbir negeri itu sebelum ini. Di Kedah, pemimpin yang lemah seperti MB Azizan Razak ternyata tidak mampu membawa apa-apa perubahan yang positif di negeri tersebut!!!Yang ada hanya banner-banner besar yang mengisi wajah MB sahaja terpampang disana sini!!!Bukan ini yang rakyat mahukan!!!Rakyat mahukan sebuah pemerintahan yang mampu membawa pembangunan dan peluang pekerjaan bagi memastikan rakyat tidak mundur kebelakang!!!


Kelantan sudah sedia maklum sentiasa mundur dari dulu sampai kini....Di Pulau Pinang pula kita dapat lihat penguasaan kaum cina lebih daripada Melayu..!!Lihat saja pada senarai exco pun rakyat sudah tahu yang melayu semakin dipinggirkan.!!! Inilah akibatnya sekiranya DAP diberikan berkuasa!!


--------------->Tahniah DS Najib Tun Razak diatas penganugerahan darjah kebesaran daripada Yang-DiPertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Semoga YAB PM dapat meneruskan kesinambungan PM ke-2, Tun Razak Hussin dalam meletakkan rakyat sebagai sesuatu yang utama dalam pentadbiran serta prihatin dengan segala masalah yang dihadapi rakyat..BN TETAP YANG TERBAIK!!!

1 Comentário:

Anonymous said...

Ketua jentera BN Bagan Pinang pun kena dapat pujian jgk...tan sri Muhyidin Yassin berkorban siang malam berkempen di sana..
Syabas Tan Sri Muhyidin!

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB