PAS Pinggirkan Ideologi Demi Kepentingan Politik

|

Di PRK Bagan Pinang sepanjang tempoh berkempen, PAS langsung tidak mengeluarkan kenyataan atau manifesto untuk menegakkan hukum Islam sekiranya memenangi PRK pada kali ini…adakah PAS sudah beralih arah dan mengetepikan agenda asal penubuhan PAS untuk menegakkan hukum Islam di Malaysia??!!! Semua ini mungkin terjadi disebabkan tekanan PKR dan DAP yang langsung tidak memberi respon atau mengeluarkan sebarang kenyataan tentang pendirian parti-parti tersebut untuk merealisasikan agenda asal PAS!!!


Apa yang didapati di Bagan Pinang hanya manifesto biasa yang mencerminkan seolah-olah PAS bukan lagi bergelar sebagai Parti Islam secara syumul tetapi hanya sekadar namanya sahaja…Mursyidul am PAS, Nik Aziz pula hanya tahu menjanjikan syurga kepada penyokong yang memberi undi kepada PAS tanpa rasa bersalah dalam menyesatkan umat Islam Malaysia..!!!

3 Teras Utama Manifesto Zulkefly Mohamad Omar

1. Mengusahakan penaiktarafan jalan dari Telok Kemang ke Pasir Panjang.
2. Bertekad menyelesaikan masalah peparitan, banjir kilat dan pembiakan lalat dan nyamuk.
3. Mengusahakan pemuliharaan alam sekitar serta penjanaan industri pelancongan setempat.

Adakah PAS mampu merealisasikan manifesto diatas sekiranya menang??!! Tak mungkin ianya dapat dilaksanakan kerana parti itu tidak sehaluan dengan kerajaan negeri dan persekutuan..!!! Ianya hanyalah sebagai syarat yang PAS mempunyai manifesto untuk mengaburi mata rakyat Bagan Pinang..seperti biasa setiap janji mudah dilafazkan pakatan rakyat namun di setiap negeri yang diperintah pembangkang sampai hari ini pun tidak mampu melaksanakan agenda seperti dalam manifesto PRU-12…

--------------> PAS sudah mulai gentar dalam PRK kali ini sampaikan sanggup untuk memohon menagguhkan pilihan raya kerana parti itu tidak mendapat sambutan di Bagan Pinang..seperti biasa SPR akan disalahkan di setiap tempat yang memungkinkan pakatan rakyat tewas!!! Inilah sikap pembangkang yang jelas telah menghuru-harakan proses demokrasi yang diamalkan sejak sekian lama. Untuk itu…UNDILAH BARISAN NASIONAL.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB