MCA: Kekusutan Yang Sukar Dileraikan !!!

|

MCA semalam berhadapan dengan keputusan daripada mesyuarat agung luar biasa yang mana keputusan daripada hasil undi tidak percaya terhadap Ong Tee Keat telah menyingkirkan beliau dari menyandang jawatan Presiden MCA. Selain itu, hasil mesyuarat tersebut sebulat suara menerima kembali keahlian Chua Soi Lek ke dalam MCA. Hasil mesyuarat tersebut juga menolak usul perlantikan Soi Lek sebagai timbalan presiden.

Ini bermakna MCA tidak mempunyai pemimpin tertinggi parti buat masa kini. Namun PM dan TPM menghormati sepenuhnya keputusan MCA dan meminta parti tersebut menyelesaikan masalah tersebut dengan segera dan mengelak daripada berlanjutan kerana ianya sudah pasti akan menjejaskan imej MCA yang juga merupakan parti komponen BN.

Muhyiddin Yassin juga meminta semua ahli MCA menyokong keputusan tersebut kerana perhimpunan khas itu telah berlangsung mengikut prosedur yang sah..Beliau turut berharap parti tersebut akan kembali ke situasi yang lebih baik dan kukuh kelak.

Sewajarnya MCA kini perlu mengamalkan politik matang bagi mengembalikan sokongan kaum cina kepada parti ini.!! BN sudah tidak mempunyai banyak masa untuk mengembalikan keyakinan rakyat dalam PRU-13 dan MCA tidak sepatutnya dibelenggu masalah dalaman yang berlarutan sehingga kini!Jentera BN sepatutnya sudah memulakan kempen memenangi hati rakyat!!!

----------------> Harap MCA pulih dengan segera dan mulai membantu BN dalam pilihanraya akan datang. BN sepatutnya mulai kuat dengan adanya pentadbir baru yang menunjangi parti-parti komponen di dalamnya. Rakyat pastinya akan memberi kepercayaan sepenuhnya untuk BN mentadbir negara sekiranya BN mampu menunjukkan pretasi yang baik.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB