KEGELISAHAN PAKATAN RAKYAT DI BAGAN PINANG

|


Tinggal 4 hari lagi tempoh berkempen untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang...ternyata manifesto pakatan rakyat tidak mampu untuk menarik pengundi Bagan Pinang untuk mengundi calon PAS, Zulkefly Mohd Omar..ini terbukti dengan terlalu sedikit penduduk di DUN Bagan Pinang yang menghadirkan diri di ceramah-ceramah yang dianjurkan pakatan rakyat!!!


Tren rakyat kini mungkin sudah mulai sedar akan pembohongan dan penipuan yang dilakukan pakatan semata-mata untuk memenuhi nafsu mereka berkuasa dan memerintah!!! Lebih-lebih lagi calon yang diletakkan oleh Barisan Nasional merupakan seorang yang berpengalaman dalam selok belok pentadbiran malah pernah memegang jawatan MB Negeri Sembilan... PAS mungkin ketandusan isu dalam PRK Bagan Pinang kali ini melainkan isu rasuah politik yang melibatkan Tan Sri Isa Samad dan menganggap beliau sebagai calon 'recycle'...calon 'recycle' adalah lebih baik kerana lebih berpengalaman dalam pentadbiran dan mampu menjaga kesejahteraan rakyat seperti yang diharapkan..!!


Sekiranya PAS tewas di PRK ini kita pastinya kita akan dapat lihat dan dengar fitnah dan tomahan kononnya adanya pengundi hantu dan penipuan yang dilakukan SPR..Berbeza dengan kemenagan yang dimenangi pakatan rakyat yang sememangnya dikatakan sebagai bersih dan halal di sisi agama sepanjang PRK selepas PRU-12!!! Inilah yang dinamakan PAKATAN HARAM!!! sekiranya kemenangan berpihak kepada mereka SPR sememangnya telus...dan sekiranya tewas SPR pasti akan dilabel sebagai menipu dalam mengendalikan pilihan raya.!!!


-----------> Rakyat Malaysia sudah mulai sedar dengan pembohongan dan janji-janji kosong pakatan rakyat!!! kepada pengundi yang mengundi pakatan, berubahlah!!! sedarlah!!! UNDILAH BARISAN NASIONAL... semuanya untuk kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran generasi kini dan akan datang...Pilihlah BN di Bagan Pinang.

5 comments:

mudz said...

Kenapa UMNO pilih Isa??

Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.

Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.

Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.


Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?


Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.

Anonymous said...

kau janagn nak salahkan Isa Samad lah Mudz..kau orang bagan pinang ke. akuu pun boleh cakap bapak aku penyokong kuat hamPAS dan oleh kerana partai yang kononya berasaskan islam itu hanyalah gimik sahaja maka aku juga tak akan menyokong PAS yang macam hampas tu. kau tak payah nak memberi dalil konon umno rosak kerana memmilih Isa Samad. yang kau menyokong pembohong, pembelik nicky najis dan peliwat agung melayu abad ini kau tak cerita pulak. aku pun sebenarnya penyokong kuat si malaun peliwat tu dulu. aku turut sama merusuh kat depan masjid jamek KL tetapi setelah penerangan demi penerangan yang tun mahathir beriklan dan telah melihat sednrir tindak tanduk peliwat tu, memeng aku yakin dia seorang peliwat dan juga pembuat fitnah handalan abad ini. penyokong yahudi itu sepatutnta dipenjara seumur hidup kerana bersongkokol dengan yahudi untuk menjatuhkan negara ini.

Anonymous said...

mudz tu buat reverse psiko.. konon2 sokong UMNO..

mudz said...

Anonymous ( manusia 1Nama)

Aku salahkan pemimpin tertinggi, ahli-ahli UMNO dan juga Isa samad yang tidak tegas untuk membasmi politik wang dalam UMNO.

Anon-anon
Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta......tidak dapat menerima kritikan.....

Amirul Hakim said...

UMNO dah letak calon terbaik di Bagan Pinang.!!TS Isa Samad dah berpengalaman dengan selok belok tempat tu jd kita sama-sama lah undi BN..

Jgn sampai melayu x hilang kuasa baru pakat2 nak undi BN...semua tu dah terlambat!! Fikir2 lah..

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB