APA DAH JADI DENGAN SKUAD KENARI???!!!

|

Melalui blog pembangkang yang menyuarakan isu perletakan jawatan ketua jurulatih bola sepak Kedah, saudara Azrai Khor Abdullah sebagai sesuatu yang tidak penting ternyata menunjukkan sikap sebenar kepimpinan PAS Kedah pada hari ini. Ibarat pepatah 'Habis manis sepah dibuang' menunjukkan yang PAS Kedah tidak ada rasa minat untuk memohon jurulatih skuad kenari supaya tidak berhenti dari perkhidmatannya.


Inilah sebenarnya sikap kepimpinan PAS dalam sesuatu isu. Azrai yang mengemukakan surat perletakkan jawatan beliau kepada kerajaan negeri dengan alasan skuad kenari tidak layak keperingkat akhir piala Malaysia seharusnya diteliti dengan lebih mendalam..sedarkah PAS bahawa bola sepak amat dekat dihati rakyat Kedah??? PAS mungkin akan dijahanamkan rakyat Kedah sekiranya pemimpin PAS negeri menjahanamkan skuad kesayangan rakyat Kedah!!! sama-sama kita saksikan..


Mungkinkah Azrai tidak dibayar gaji mengikut jadual?? atau adakah ianya menunjukkan skuad kenari pada hari ini tidak selari dengan kepimpinan kerajaan Kedah??? atau adakah kroni-kroni daripada PAS akan menerajui skuad kenari bagi menggantikan Azrai??? Semuanya ini adalah sebahagian daripada isu yang bermain dalam fikiran rakyat Kedah...semasa kegemilangan Skuad Kenari di zaman pemerintahan kerajaan BN Kedah menunjukkan tiada satu masalah pun berlaku dalam persatuan bola sepak negeri malah dilihat skuad ini meningkat pretasinya dari sehari ke sehari..


--------------> Harapan rakyat Kedah untuk melihat keunggulan Skuad Kenari bermain dipentas bola sepak mungkin mustahil kerana kepincangan pentadbiran negeri yang ditunjangi PAS sudah kian teserlah..sebagai peminat no. 1 skuad kenari kami berharap DYMM Tuanku Sultan Kedah akan meleraikan masalah yang berlaku untuk meningkatkan kembali prestasi skuad bola sepak Kedah. Kalau nak diharapkan kepada MB dan lain-lain maka akan lebih parahlah skuad yang kita sayangi ini.

6 comments:

Anak Jati Kedah said...

Lapas BN jatuh di kedah bola sepak kedah pun dah makin merudum..Pas kedah buat apa ni?? klu dah tak reti nak tadbir, lepas ni kami akan tolak Pas di Kedah..MB buat apa sampai mcm ni skali? nak kata buat pembangunan atau tolong rakyat kami tak nampak apa pun..

Anonymous said...

Apa yang MB azizan ni buat pun aku tak tau lah...masalah sampah, cukai tanah dan terlatest bola sepak!! takkan mb nak jahamankan semua kot..so utk PRU akan datang jom ramai-ramai tolak PAS dan Pakatan..

PKR Jerlun said...

cukai tanah pun time mula2 ja bg bayar smpi hujung tahun,..skrg ni dah x dah..mcm pelaq!
parking pun susah kat a.setaq la ni..x tau pasaipa.

Anonymous said...

bubar dun kedah & buat pilihanraya lain je lah..

Ismail(k.kdh) said...

Aku setuju biaq ajaq sikit muka mb dgn geng2 pas kedah...pasti pas kalah punya,skrg rakyat dah ramai tak suka.

Anonymous said...

Aku pun setuju juga mai pakat2 kita tolak PAS...lepaih ni PAS tak payah lah tolong bayaq hutang yang BN kedah tinggai sampai 1.3 billion...BN tinggai hutang puak2 PAS ni kena bayaq...mai mai geng UMNO pakat2 suruh ADUN yg masuk bebas tu letak jawatan dan DUN Kota Si Puteh cepat2 la undi...bagi mandat baru...

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB