PAS DIAMBANG PERPECAHAN

|

Anwar Ibrahim yang telah merangka proses penyingkiran team ulamak dalam PAS melalui Nik Aziz boleh dikatakan telah menerima satu tamparan hebat dimana PAS kini berpecah kepada beberapa kelompok. Satu kelompok menyokong Presiden dan satu lagi kelompok yang menyokong team Erdogen atau team pro-Anwar. Anwar kini memulakan ekspedisi menjadikan PAS sebagai landasan untuk memudahkannya dalam misi menawan Malaysia. Setelah melihat PKR kini tiada lagi hala tuju sebenar Anwar melihat PAS sebagai satu parti yang mampu merealisasikan impiannya menjadi PM Malaysia.


Untuk mendekati dan menyelinap ke dalam pimpinan PAS, Anwar perlu terlebih dahulu menyingkirkan team pro-ulamak yang sebelum ini bersetuju dengan rancangan kerajaan perpaduan dengan UMNO yang dicetuskan ideanya oleh PAS sendiri. Ternyata Anwar amat gementar dengan agenda penubuhan kerajaan perpaduan kerana ianya mampu melumpuhkan pakatan rakyat secara menyeluruh. Jadi melalui Nik Aziz, Anwar memulakan rencana menyingkirkan golongan yang menyokong penubuhan kerajaan perpaduan. Golongan pro-ulamak ini berpendapat kerajaan perpaduan adalah baik untuk perpaduan ummah dan kesatuan bangsa melayu.


Sekiranya team ini mampu disingkirkan dengan lebih mudah ianya akan digantikan dengan team erdogen yang pro-Anwar yang sememangnya diketahui bahawa team ini akan bersetuju dengan setiap tindak tanduk Anwar dalam merangka misi dan visi pakatan rakyat. Inilah hakikat yang perlu diterima!!! Nik Aziz dijadikan sebagai bahan eksperimen untuk menjalankan agenda Anwar. Sekurang-kurangnya hanya Nik Aziz yang akan dibenci oleh PAS dan bukan umum menyalahkannya.!!!


-------------------> Walaupun ditentang pelbagai pihak, Nik Aziz tetap dengan pendiriannya supaya EGM perlu diadakan untuk membersihkan PAS dari golongan yang cenderong kepada UMNO/BN. Mungkinkah Nik Aziz terhutang budi kepada Anwar sehinggakan sanggup memecahbelahkan PAS demi menurut segala kemahuan dan kehendak Anwar. PAS sudah pastinya akan mengikut segala telunjuk Anwar sekiranya ia digantikan dengan team erdogan. Inilah yang Anwar mahukan!!!

Satu Kemenangan Buat Saiful!!!

|

Anwar Ibrahim gagal lagi dalam usahanya menghalang Mahkamah Rayuan daripada mendengar dakwaan pendakwa raya terhadap perintah agar pihaknya (pendakwa raya) membekalkan semua dokumen berkaitan kes liwat yang dihadapinya.


Sungguh memalukan apabila 3 hakim yang mendengar hujah pendakwa raya secara sebulat suara menolak bantahan awal Anwar bagi mengetepikan rayuan pihak pendakwaan terhadap pihak mahkamah tinggi sebelum ini..setelah memberi komen berkaitan dengan belanjawan 2010 yang ternyata menunjukkan Anwar tidak peka ketika mendengar pembentangan DS Najib Tun Razak dengan kenyataan bahawa bajet 2010 tidak memberi keutamaan kepada sektor ketenteraan dan keselamatan walhal dalam bejet tersebut dengan jelas Najib mengumumkan 3.7 bilion diperuntukkan untuk sektor ketenteraan dan keselamatan. Apakah yang ketua pembangkang buat sewaktu pembentangan??? Adakah sekadar hanya duduk dikerusi empuk dengan angan-angan ingin menduduki kerusi PM pula sekaligus menteri kewangan?? Inilah Anwar sebenarnya..sengaja mengelirukan pembentangan bajet 2010 untuk menarik perhatian anggota tentera bahawa UMNO-BN terus melupakan jasa mereka yang telah memberi kemenangan kepada BN dalam PRK Bagan Pinang.


Dalam prosiding hari ini juga ketiga-tiga panel hakim menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan sementara menunggu rayuan di mahkamah persekutuan.
Pendakwa raya mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pihaknya membekalkan dokumen-dokumen penting yang dipohon Anwar bagi membolehkannya menyediakan pembelaan dalam kes liwatnya.


Karpal yang mengetuai pebicaraan liwat mewakili Anwar sudah memulakan ‘cakap kelingnya’ seperti kes-kes jenayah yang selalu dibelanya sebelum ini. Karpal yang terkenal dengan penderhakaan terhadap Sultan dan mengkritik penubuhan negara Islam yang diperjuang PAS telah mengutarakan pelbagai hujah untuk menangkis pihak pendakwa raya bagi membela Anwar. Namun satu kemenangan berpihak kepada Saiful dimana perbicaraan akan diteruskan jumaat ini..


-----------------> Kita sama-sama nanti dan saksikan Anwar akan disumbat semula ke penjara Sungai Buloh tanpa ada apa-apa keistemewaan lagi seperti sebelum ini. Peliwat tegar seperti ini seharusnya menerima segala hukuman terhadap segala perbuatan terkutuknya untuk menghancurkan negara ini dan memecahbelahkan perpaduan yang sejak sekian lama terpelihara..Teruskan usaha untuk menegakkan keadadilan dalam erti kata sebenar buat Saiful.

APA DAH JADI DENGAN SKUAD KENARI???!!!

|

Melalui blog pembangkang yang menyuarakan isu perletakan jawatan ketua jurulatih bola sepak Kedah, saudara Azrai Khor Abdullah sebagai sesuatu yang tidak penting ternyata menunjukkan sikap sebenar kepimpinan PAS Kedah pada hari ini. Ibarat pepatah 'Habis manis sepah dibuang' menunjukkan yang PAS Kedah tidak ada rasa minat untuk memohon jurulatih skuad kenari supaya tidak berhenti dari perkhidmatannya.


Inilah sebenarnya sikap kepimpinan PAS dalam sesuatu isu. Azrai yang mengemukakan surat perletakkan jawatan beliau kepada kerajaan negeri dengan alasan skuad kenari tidak layak keperingkat akhir piala Malaysia seharusnya diteliti dengan lebih mendalam..sedarkah PAS bahawa bola sepak amat dekat dihati rakyat Kedah??? PAS mungkin akan dijahanamkan rakyat Kedah sekiranya pemimpin PAS negeri menjahanamkan skuad kesayangan rakyat Kedah!!! sama-sama kita saksikan..


Mungkinkah Azrai tidak dibayar gaji mengikut jadual?? atau adakah ianya menunjukkan skuad kenari pada hari ini tidak selari dengan kepimpinan kerajaan Kedah??? atau adakah kroni-kroni daripada PAS akan menerajui skuad kenari bagi menggantikan Azrai??? Semuanya ini adalah sebahagian daripada isu yang bermain dalam fikiran rakyat Kedah...semasa kegemilangan Skuad Kenari di zaman pemerintahan kerajaan BN Kedah menunjukkan tiada satu masalah pun berlaku dalam persatuan bola sepak negeri malah dilihat skuad ini meningkat pretasinya dari sehari ke sehari..


--------------> Harapan rakyat Kedah untuk melihat keunggulan Skuad Kenari bermain dipentas bola sepak mungkin mustahil kerana kepincangan pentadbiran negeri yang ditunjangi PAS sudah kian teserlah..sebagai peminat no. 1 skuad kenari kami berharap DYMM Tuanku Sultan Kedah akan meleraikan masalah yang berlaku untuk meningkatkan kembali prestasi skuad bola sepak Kedah. Kalau nak diharapkan kepada MB dan lain-lain maka akan lebih parahlah skuad yang kita sayangi ini.

DAP: Plan Hancurkan Melayu!!!

|

Mungkin Melayu Malaysia tidak mendapat liputan yang meluas berkenaan penubuhan Cawangan DAP Melayu di Kinrara,Selangor. Untuk maklumat, ADUN Kinrara adalah Teresa Kok yang turut menyandang sebagai Ahli Parlimen Seputeh.

Penubuhan cawangan DAP Melayu ini pada September lepas adalah satu usaha terancang yang mana bertujuan untuk memecahkan sokongan Melayu di Malaysia kepada beberapa parti sekaligus akan menafikan hak mutlak atau hak majoriti kaum Melayu di Malaysia dalam sesebuah Pilihanraya. Ini kerana jika kita lihat, dengan tertubuhnya cawangan Melayu yang boleh disifatkan sebagai retorik politik sahaja, undian serta sokongan kaum Melayu akan berpecah kepada parti UMNO, PAS, PKR dan DAP.

Tetapi apa yang mahu diperkatakan di sini,…apakah DAP @ Democratic Action Party adalah benar-benar demokratik dan memperjuangkan hak semua kaum??? Cuba anda lihat senarai Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP,…adakah anda terlihat nama Melayu walaupun seorang?

Mereka mengatakan UMNO dan BN adalah racist serta penubuhan BN adalah berasaskan parti perkauman,..namun apa bezanya dengan mereka?Apa bezanya dengan tertubuhnya cawangan Melayu dan Bukan Melayu oleh DAP??? Bukankah ini satu perlaksanaan yang membeza-bezakan antara kaum juga???

Cawangan DAP Melayu di Kinrara yang baru ditubuhkan seharusnya menjadi satu model untuk pertimbangan semua kaum Melayu dalam memahami politik tanah air!...Pernahkah anda sebelum ini terdengar mana-mana pemimpin DAP memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam???

Jadi dimanakah terletaknya kebenaran di atas prinsip mereka yang kononnya memperjuangkan istilah:

"berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen"


>>>> Tidak Salah Dikatakan ---> Undi PAS&PKR=Undi DAP!

SENARAI AHLI-AHLI PARLIMEN DAP: Dimanakah Melayu jika Mereka DEMOKRATIK?


P43 - Bagan - Lim Guan Eng,


P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng,


Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy,


P48 -Bukit Bendera - Liew Chin Tong,


P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow


P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun,


P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh,


P60 - Taiping - Nga Kor Ming,


P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang,


P65 - Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson


P66 - Batu Gajah - Fong Po Kuan,


P68 - Beruas - Ngeh Koo HamP76 - Teluk Intan - M. Manogaran,


P102 - Serdang - Teo Nie Ching,


P103 - Puchong - Gobind Singh Deo,


P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee,


P110 - Klang - Charles Anthony Santiago,


P114 - Kepong - Tan Seng Giaw


P117 - Segambut - Lim Lip Eng,


P120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun,


P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim,


P123 - Cheras - Tan Kok Wai,


P128 - Seremban - John Fernandez,


P130 - Rasah - Loke Siew Fook,


P138 - Kota Melaka - Sim Tong Him,


P145 - Bakri - Er Teck Hwa,


P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew,


P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen

UMNO KEKAL PARTI ASAS NEGARA

|

Perhimpunan Agung UMNO ke-60 ini menyaksikan pelbagai transformasi untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional diketengahkan...dunia menyaksikan banyak negara telah berubah pemerintahan kepada pembangkang!!! Sebagai contoh di Jepun, kerajaan yang telah memerintah negara itu lebih dari 60 tahun dan membangunkan negara itu selepas perang dunia kedua jatuh ke tangan pembangkang dan sejak dari itu Jepun terus mengalami masalah dalam pentadbiran termasuk menteri kewangannya telah berucap dalam keadaan mabuk dan kemudiannya ditemui mati beberapa hari selepas itu....inilah yang akan terjadi sekiranya pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim berpeluang memerintah negara Malaysia!!! Sikap pemimpin pembangkang dan juga negeri-negeri yang diterajui pembangkang sering kedengaran dengan pelbagai masalah dari sehari ke sehari..

Oleh itu Barisan Nasional dan UMNO perlukan satu agenda untuk memulihkan kembali pemikiran rakyat yang telah diracuni dengan dakyah-dakyah pembangkang yang kebanyakkan telah menipu rakyat dengan mengatakan pemimpin-pemimpin UMNO kotor dan menyalahgunakan wang kerajaan dan rakyat. Sebagai rakyat yang menyokong penuh kerajaan Malaysia, kita seharusnya sedar bahawa politik pembangkang kini menggunakan cara kotor untuk memerintah negara. Pembangkang sanggup menerima Chin Peng pulang ke Malaysia, menghina bapa kemerdekaan dengan mengatakan bahawa YTM Tunku Abdul Rahman menjalinkan hubungan dengan Inggeris menyebabkan negara kita mudah mengecapi kemerdekaan, dan bermacam-macam agenda kotor terhadap pemimpin Barisan Nasional dan UMNO dari dulu sehingga sekarang.!!!

------------------------> UMNO masih releven dan diperlukan untuk mengukuhkan hak-hak bumiputera dan orang Melayu. Lakukan segala yang perlu untuk kembalikan sokongan rakyat kepada parti asas negara ini!!! Harapan untuk UMNO terus bergerak kehadapan perlulah diisi dengan pelbagai wacana yang mampu menjana kesedaran dan menggalas harapan seluruh rakyat Malaysia.

Sivakumar Gila Kuasa!!!

|

Menjelang 28 Oktober ini akan menyaksikan persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Perak yang kedua sejak Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan Perak dari Pakatan Rakyat.. Persidangan yang telah mendapat perkenanan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan telah pun diwartakan akan membetangkan belanjawan kerajaan negeri untuk tahun 2010..

Yang menjadi masalah kini adalah ura-ura menyatakan bahawa pakatan haram Perak akan membuat huru hara...Sebelumnya bekas speaker Perak, YB Sikakumar turut telah memanggil sidang DUN pada hari yang sama. Sikap kurang ajar pakatan haram Perak ini akan kita lihat pada hari persidangan nanti..Sivakumar boleh dikatakan seorang yang samseng dan kurang ajar telah menggunakan kepala surat kerajaan negeri Perak untuk memanggil persidangan DUN tanpa mendapat izin dan perkenan Sultan Perak dan tidak diwartakan!!!

Sikap biadap Sivakumar,Nizar dan konco-konco DAP yang sememangnya telah menyalahi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri ini seharusnya diambil tindakan sewajarnya supaya ianya menjadi iktibar untuk generasi kini dan akan datang..!!! Seseorang speaker yang sah hanya akan dilantik melalui persetujuan dan undian semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan ternyata persidangan yang berlangsung pada Mei lalu telah menyingkirkan V.Sivakumar daripada menyandang jawatan tersebut..! Tanpa memikirkan soal perundangan dan bersikap 'GILA KUASA' Sivakumar terus memanggil dan mengadakan persidangan haram sebanyak beberapa kali sebelum ini!!!

----------------> Inilah sikap pemimpin DAP yang gila kuasa apabila diberikan sedikit kuasa..terimalah segala keputusan Tuanku Sultan dan jangan ganggu persidangan DUN kali ini untuk kebaikkan rakyat dan negeri Perak!!!Jangan sampai orang-orang Melayu benci dan mual dengan tindak tanduk kurang ajar pemimpin pakatan Haram Perak!!! Ternyata sikap pekatan haram Perak ini mencerminkan yang mereka terdiri dari golongan yang tidak matang dalam berpolitik!!!! Maklum lah baru setahun jangung belajar memerintah..

BUBAR DUN - PR PERAK MENGGILA LAGI!!!

|

Pakatan Rakyat Perak mencabar Barisan Nasional membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu jika parti pemerintah tersebut yakin telah mendapat kembali sokongan rakyat berikutan kemenangan di Bagan Pinang semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.


"Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak," kenyataannya dipetik.

Dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Titi Serong memberitahu, jika BN menang pada pilihanraya itu, Pakatan Rakyat akan menerimanya atas semangat demokrasi.

Kekalahan PAS mahupun Pakatan katanya bukan sesuatu yang luar biasa malah berlaku sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang.

Namun lebih penting ujarnya, kepentingan rakyat negeri itu yang juga mahukan pembubaran DUN agar hak mereka dikembalikan untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui negeri mereka.

"Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februari 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'.
Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak," tulisnya. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22799&Itemid=1

----------------------> Sudah-sudahlah Pakatan Rakyat di Perak...terima sajalah keputusan DYMM Paduka Seri Sultan Perak...BN sekarang pun memerintah Perak dengan baik tak perlu lagi pakatan Perak nak masuk campur soal pentadbiran negeri...sekarang puak pakatan cuma perlu terima keputusan Sultan Perak, hadir sidang DUN dan jangan buat kacau bilau di DUN Perak sebab rakyat tengok pakatan di Perak macam terdesak sangat nak perintah atau 'GILA KUASA'.!!! Tak cukup dengan pinggirkan bangsa Melayu naikkan bangsa Cina, sekarang nak kuasa lagi supaya satu Perak dapat dimiliki cina!!! Bukan BN takut tapi masih ada sesetengah rakyat yang tak faham perlembagaan akan terus terikut-ikut dengan tipu helah pakatan terutama Anwar kalau buat pilihan raya...Jadi nak selamatkan bangsa Melayu perlukan pengorbanan!!! DAULAT TUANKU!!

Tahniah DS Najib Tun Razak!!!

|

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang telah menyaksikan semula kebangkitan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional dan sekaligus kepimpinan YAB PM DS Najib Tun Razak!!! Dengan memperolehi kemenagan dengan majoriti lebih 5000 merupakan satu mandat dan kepercayaan yang sangat besar daripada rakyat kepada BN. Apa yang penting kini adalah BN melaksanakan segala amanah dan harapan rakyat bagi memastikan BN akan kembali diterima rakyat secara umum pada PRU-13 akan datang. DS Najib Tun Razak sememangnya mempunyai satu agenda dan wawasan yang besar dalam merialisasikan harapan rakyat Malaysia iaitu untuk melihat negara terus aman, maju dan membangun untuk semua kaum di Malaysia seperti slogan '1 Malaysia', rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Seharusnya rakyat Malaysia berbangga kerana mempunyai seorang PM yang amat prihatin dengan masalah rakyat dan berusaha kuat untuk memberi yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Pakatan Rakyat kini sudah mulai gusar dengan kebangkitan rakyat yang menolak politik sempit yang menjadi amalan mereka sejak sekian lama.!!! Isyarat rakyat yang tidak mahukan Pakatan sudah mulai jelas dan telah diterjemahkan dalam PRK Bagan Pinang. Pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang tidak bersih dan kotor dari segi reputasi diri serta pentadbiran seharusnya tidak diberi peluang untuk menjadi ADUN atau ahli Parlimen untuk kali keduanya. Lihat saja pada pemimpin tertinggi PKR, Anwar Ibrahim yang belum membersihkan nama dari tuduhan liwat dan pemimpin DAP, Karpal yang dengan biadap menghina keputusan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dalam soal pembubaran DUN Perak...

Seperti di Selangor, dengan jelas kerajaan pakatan pimpinan MB Khalid Ibrahim tidak mampu mentadbir dengan cara yang baik dan betul tidak seperti ketika BN mentadbir negeri itu sebelum ini. Di Kedah, pemimpin yang lemah seperti MB Azizan Razak ternyata tidak mampu membawa apa-apa perubahan yang positif di negeri tersebut!!!Yang ada hanya banner-banner besar yang mengisi wajah MB sahaja terpampang disana sini!!!Bukan ini yang rakyat mahukan!!!Rakyat mahukan sebuah pemerintahan yang mampu membawa pembangunan dan peluang pekerjaan bagi memastikan rakyat tidak mundur kebelakang!!!


Kelantan sudah sedia maklum sentiasa mundur dari dulu sampai kini....Di Pulau Pinang pula kita dapat lihat penguasaan kaum cina lebih daripada Melayu..!!Lihat saja pada senarai exco pun rakyat sudah tahu yang melayu semakin dipinggirkan.!!! Inilah akibatnya sekiranya DAP diberikan berkuasa!!


--------------->Tahniah DS Najib Tun Razak diatas penganugerahan darjah kebesaran daripada Yang-DiPertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Semoga YAB PM dapat meneruskan kesinambungan PM ke-2, Tun Razak Hussin dalam meletakkan rakyat sebagai sesuatu yang utama dalam pentadbiran serta prihatin dengan segala masalah yang dihadapi rakyat..BN TETAP YANG TERBAIK!!!

Terima Kasih Penduduk Bagan Pinang

|

Hari ini mencatatkan satu kejayaan besar buat Barisan Nasional dimana calon PAS dikalahkan oleh Tan Sri Isa Abdul Samad..!!! Ternyata BN masih diterima luas oleh rakyat Malaysia..!! dengan memperoleh majoriti undi 5475 yang merupakan antara majoriti tertinggi yang pernah dimenangi BN di Bagan Pinang.

Jutaan terima kasih kepada seluruh penduduk Bagan Pinang yang telah memberi kepercayaan kepada BN menerajui DUN berkenaan. Dengan segala kebijaksanaan dan pengalaman yang luas diharapkan Tan Sri Isa akan memberi khidmat bakti kepada seluruh penduduk bagi melunaskan segala janji-janji semasa minggu kempen.!!

Apa yang diharapkan kini adalah BN memberikan suatu input yang baik dalam memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kemenangan BN kali ini..!!! Segala tomahan dan fitnah PAS serta Pembangkang ternyata hanya mengundang kebencian rakyat yang sudah mulai sedar dengan tipu helah pembangkang..

Anwar Ibrahim yang turun berkempen dan tidak mendapat sambutan juga menunjukkan yang rakyat sudah mulai bosan dengan ceramah-ceramah yang menipu dan menghina sesama Islam!!
Janji yang mengatakan Anwar akan bersumpah tidak lain hanyalah omongan untuk meraih populariti untuk pakatan namun semua yang dinantikan rakyat untuk melihat Anwar bersumpah hampa belaka!

----------------> Ternyata kepimpinan Najib Tun Razak mampu menarik undi melayu untuk PRK-Bagan Pinang..Syabas DS Najib!!! Syabas TS Isa!!! Syabas BN!!!

MCA: Kekusutan Yang Sukar Dileraikan !!!

|

MCA semalam berhadapan dengan keputusan daripada mesyuarat agung luar biasa yang mana keputusan daripada hasil undi tidak percaya terhadap Ong Tee Keat telah menyingkirkan beliau dari menyandang jawatan Presiden MCA. Selain itu, hasil mesyuarat tersebut sebulat suara menerima kembali keahlian Chua Soi Lek ke dalam MCA. Hasil mesyuarat tersebut juga menolak usul perlantikan Soi Lek sebagai timbalan presiden.

Ini bermakna MCA tidak mempunyai pemimpin tertinggi parti buat masa kini. Namun PM dan TPM menghormati sepenuhnya keputusan MCA dan meminta parti tersebut menyelesaikan masalah tersebut dengan segera dan mengelak daripada berlanjutan kerana ianya sudah pasti akan menjejaskan imej MCA yang juga merupakan parti komponen BN.

Muhyiddin Yassin juga meminta semua ahli MCA menyokong keputusan tersebut kerana perhimpunan khas itu telah berlangsung mengikut prosedur yang sah..Beliau turut berharap parti tersebut akan kembali ke situasi yang lebih baik dan kukuh kelak.

Sewajarnya MCA kini perlu mengamalkan politik matang bagi mengembalikan sokongan kaum cina kepada parti ini.!! BN sudah tidak mempunyai banyak masa untuk mengembalikan keyakinan rakyat dalam PRU-13 dan MCA tidak sepatutnya dibelenggu masalah dalaman yang berlarutan sehingga kini!Jentera BN sepatutnya sudah memulakan kempen memenangi hati rakyat!!!

----------------> Harap MCA pulih dengan segera dan mulai membantu BN dalam pilihanraya akan datang. BN sepatutnya mulai kuat dengan adanya pentadbir baru yang menunjangi parti-parti komponen di dalamnya. Rakyat pastinya akan memberi kepercayaan sepenuhnya untuk BN mentadbir negara sekiranya BN mampu menunjukkan pretasi yang baik.

Tun Dr. Mahathir: Sokong Kepimpinan Najib Tun Razak

|

Mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir menyeru supaya seluruh rakyat menyokong kepimpinan kerajaan dibawah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Gesaan ini dibuat pada satu program 'Suntikan Semangat Satria 2' yang dianjurkan UMNO Petaling Jaya. Tun membuat andaian negara akan hancur sekiranya diperintah oleh pemimpin yang lemah dan kurrupt!!


Menurut beliau lagi,

"PM Najib memerlukan UMNO yang kuat untuk menentukan kejayaan membangunkan negara dan orang melayu" selain menasihati UMNO bahagian beliau berkata "UMNO perlu menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri terutama yang sanggup melakukan politik wang untuk mengekalkan kedudukan masing-masing"


"Hari ini UMNO lemah! Kita kalah dari prestasi paling baik (PRU-11) hingga paling buruk (PRU-12) bukan disebabkan pembangkang kuat" sambil menggesa UMNO bahagian secara komprehensif melakukan proses untuk mengukuhkan kepimpinan dan jentera parti.


Beliau juga menegaskan bahawa PM Najib bukanlah seorang pemimpin yang lemah. Namun lima tahun dibawah Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan gejala politik wang menular dan pemimpin hanya mementingkan diri sendiri. Ini termasuk Kepimpinan yang enggan mendengar aspirasi sebenar rakyat tetapi lebih rela mendengar semua dalam keadaan baik belaka, walaupun ianya analisa palsu. “Akhirnya, akar umbi dan rakyat bertindak untuk ‘menghantar mesej’ semasa Pilihanraya Umum (PRU 12)”.


-----------------> Kita amat berharap jentera UMNO/BN seluruh negara bersiap sedia dalam menghadapi sebarang PRK selepas Bagan Pinang kerana Pakatan perlu dilupuskan satu persatu bagi memastikan kestabilan dan keamanan negara terus dipolopori oleh kerajaan pimpinan BN.

Pakatan akan merosakkan negara kerana mereka sememangnya tiada hala tuju sebenar dalam politik!!! BN perlu bekerja lebih keras bagi memastikan BN terus dihati rakyat!!!


Undilah Barisan Nasional di Bagan Pinang!!

Pengundi Bagan Pinang, Undilah BN!!!

|


Menjelang PRK Bagan Pinang esok kami blogger pembela negara menyeru dan mengharapkan pengundi Bagan Pinang membuat keputusan dan penilaian bijak dengan mengundi calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Samad. Sedarlah!! sekiranya PAS memenangi PRK kali ini sudah pasti penduduk Bagan Pinang tidak akan merasai apa-apa perubahan untuk membangunkan DUN tersebut!!! PAS semestinya tidak boleh berbuat apa-apa perubahan untuk pembangunan rakyat kerana bukan kerajaan PAS atau Pakatan yang menguasai kerajaan Negeri Sembilan!!!


Janganlah terpengaruh dengan dakyah2 pembangkang terutama muslimat PAS yang mana petang tadi telah bergerak dari rumah ke rumah menipu dengan mengatakan pilihanraya ditangguhkan ke 13 Oktober 2009...PRK Bagan Pinang tetap akan diadakan 11 Oktober seperti yang dijadualkan..!!Inilah gerakkan PAS yang berusaha untuk mengurangkan rakyat keluar mengundi pada hari esok!!!


Calon BN yang juga merupakan mantan MB Negeri Sembilan sememangnya dipercayai dan diyakini mampu membawa perubahan dan pembangunan di DUN Bagan Pinang!! dengan pengalaman menyandang 22 tahun kerusi MB, beliau dirasakan mampu untuk memberikan khidmat terbaik untuk pembangunan rakyat di DUN Bagan Pinang!!!


Untuk itu, teruskan sokongan anda kepada Calon BN....

UNDILAH BARISAN NASIONAL - Untuk kesejahteraan dan keamanan negara yang berterusan...semoga Allah memberikan kemenangan kepada BN..Amiin.

JIHAD PERANGI SESAMA ISLAM - Nasrudin Hasan Tantawi

|

Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia, Uztaz Nasrudin Hasan Tantawi mengisyhtiharkan perangi penyokong BN di Bagan Pinang sebagai satu jihad memerangi musuh Islam..!!!Kenyataan apakah ini???!!! Sedarkah ketua pemuda PAS ini apa yang dia katakan?!!!


Inilah bukti pemimpin PAS yang kebanyakannya mengeluarkan kenyataan hanya menurut nafsu semata-mata tanpa memandang ajaran agama tidak seperti nama parti yang mereka sokong!!! SMS telah dihantar kepada semua penyokong PAS seluruh negara supaya turun ke Bagan Pinang bagi menentang penyokong BN yang dikatakan telah mencederakan ahli PAS!!!


SMS yang dicipta serta disebarkan adalah Pusat Jentera Pakatan Rakyat:

1. "9 org diserang smlm, seorg cedera parah ditetak d kepala. 200 org serang markaz induk. SERUAN JIHAD KPD SELURUH PEMUDA YG CINTAKAN JIHAD, MARI BSAMA KAMI"

2. Marilah kita berjihad menentang perosak agama dan bangsa dikalangan UMNO dan barisan nasional.

3. Kami merayu penyokong pakatan rakyat dari seluruh Negara bantu berkempen untuk pakatan rakyat di sini – sokongan semakin padu pada BN,… jadi mari sama2 kita rosakkannya!!!
4. Calon recycle BN perlu dikalahkan!!! Mahukah anda?


Inikah yang dikatakan sebagai golongan ulamak dalam PAS???!!! Sanggup memerangi saudara seagama dan sebangsa semata-mata untuk memenuhi matlamat politik dan keghairahan untuk memerintah!!! Pakatan terutamanya PAS sememangnya terkenal sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh golongan samseng dan kurang ajar ini tidak harus dibiarkan!!!

Walaupun tiada maklumat sahih tentang kecederaan yang dialami oleh petugas PAS tersebut namun BN tetap disalahkan dan difitnah supaya penduduk Bagan Pinang dan rakyat membenci BN!!! Inilah sikap sebenar PAS dalam mengharungi dunia politik mereka!!!


-----------------> Walaubagaimanapun penduduk Bagan Pinang tahu cerita sebenar dan mereka tidak mudah tertipu dengan sandiwara PAS!!! Kita tunggu hari pengundian nanti, dan saksikan PAS dan Pakatan Rakyat akan ditanam hidup-hidup!!!...Insyaallah!

UNDILAH BARISAN NASIONAL

BAGAN PINANG DITIPU LAGI!!!

|


Beberapa hari sebelum menjelang PRK Bagan Pinang pakatan rakyat terutama PAS dan DAP mula menutup tembelang terutamanya yang melibatkan kerajaan Selangor. PAS dan DAP dilaporkan telah mengadakan perbincangan bagi meleraikan kekusutan yang berlaku dalam pimpinan kerajaan Selangor..

Perbincangan yang dihadiri oleh Dr. Hassan Ali dan exco kontroversi Ronnie Liu dikatakan telah mencapai matlamat untuk pakatan Selangor kembali bersatu..!!!Sedia maklum isu yang berlaku di Selangor adalah melibatkan melayu Islam tidak seharusnya dikompromi dengan DAP..Apakah tujuan sebenar perbincangan ini diadakan????


Sudah pasti kita tahu ianya merupakan taktik pakatan yang ingin mencerminkan tiadanya masalah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor!!! Ini juga sebagai mengaburi mata pengundi Bagan Pinang supaya memberi undi kepada PAS kerana PAS dan DAP kini dilihat kononnya telah bersatu!!!


Namun kita sebagai seorang Melayu yang beragama Islam tidak sama sekali akan melupakan kebiadapan exco DAP, Ronnie Liu dalam mencetuskan suasana yang boleh memecahbelahkan perpaduan dengan melakukan perkara-perkara yang menjadi DURI DALAM ISLAM!!!


Bagaimana Dr. Hassan Ali yang berjuang mempertahankan hak orang-orang Islam dengan begitu mudah memaafkan kesalahan DAP yang dirasakan amat menghina sensitiviti umat Islam??!!!Mungkinkah ini hanyalah satu agenda untuk menipu rakyat Bagan Pinang???? TIDAK MUSTAHIL PAKATAN BERDRAMA LAGI!!!


---------------------> Hassan Ali sudah banyak kali dihina oleh pemimpin DAP termasuk Speaker Selangor!!! Sebagai umat Islam kita tidak seharusnya membiarkan Islam dihina oleh penganut agama lain!!! kita harus pertahankan akidah dan iktikad kita!!!

Sebagai langkah terbaik kita harus kembali kepada perjuangan UMNO yang berteraskan Melayu dan Islam sebagai agenda parti...Untuk itu UNDILAH CALON BN DI BAGAN PINANG!!! Penduduk Bagan Pinang jangan tertipu dengan wayang kulit mainan pakatan rakyat!!!

Strategi Pakatan Tidak Menjadi di Bagan Pinang!!!

|


Pelbagai tomahan dan fitnah yang telah dilemparkan kepada calon BN, Tan Sri Isa Samad dan pemimpin UMNO/BN yang lain jelas membuktikan bahawa PAS sememangnya ketandusan isu dalam berdepan dengan jentera BN di Bagan Pinang… Bermula dengan tuduhan terhadap Datin Seri Rosmah yang terlibat dengan konspirasi membunuh wanita Monggolia dapat dipatahkan dengan bukti jelas menunjukkan bahawa ketika kejadian terbabit, Rosmah berada bersama meraikan anak-anak yatim di bangunan Tabung Haji..Tuduhan dan fitnah hebat ini sewajarnya diambil tindakan kerana tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan Rosmah dalam pembunuhan tersebut. Ini semua adalah propaganda jahat Raja Petra yang sememangnya dikenali sebagai ‘freethinker’ dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN.!!! Kerjasama antara Raja Petra dan pakatan rakyat menunjukkan fitnah ini dilakukan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat supaya BN dipandang buruk dan membuka laluan untuk pakatan rakyat mengambilalih negara..!!! Kenapa Raja Petra langsung tidak mengeluarkan artikel berkaitan dengan kes liwat ANWAR???

Kedua, pakatan rakyat yang turut didalangi Raja Petra sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa PM, DS Najib Tun Razak pernah ditangkap khalwat bersama penyanyi popular Ziana Zain di sebuah hotel di Port Dickson..adakah dakwaan ini benar atau merupakan tuduhan jahat serta fitnah pakatan rakyat kerana ketandusan isu??!!! Lebih memburukkan lagi TS Isa Samad dikatakan telah mengugut PM supaya mengambil beliau sebagai calon di Bagan Pinang untuk PRK ini supaya isu ini tidak dihebahkan!!! Peliknya isu ini tidak pernah kedengaran sebelum ini tetapi menjadi isu pakatan dalam PRK kali ini!!! Jika benar kes ini pernah berlaku sudah semestinya ianya akan dicanang oleh pemimpin pakatan rakyat terutama Anwar Ibrahim sejak sekian lama…diharapkan pihak PM ataupun Ziana Zain mengambil tindakkan terhadap tindakan Raja Petra yang dengan cara samseng menabur fitnah tanpa mempedulikan perasaan dan kredibiliti seseorang!!!

Ketiga, pakatan rakyat mengesyaki bahawa SPR telah memanipulasi pengundi POS di Bagan Pinang dan memohon perintah mahkamah menangguhkan PRK kali ini…Ini menunjukkan bahawa PAS sememangnya dapat merasakan bahang kekalahan yang akan mereka hadapi kali ini, sebagai langkah supaya PAS tidak dimalukan adalah dengan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah supaya rakyat dapat menerima hakikat kekalahan PAS!!! Suatu tindakan licik PAS untuk menutup malu!!!

Keempat, sesudian Anwar untuk bersumpah di sebuah masjid di Port Dickson menunjukkan PAS sememangnya memerlukan bantuan Anwar untuk membersihkan pakatan..! Rakyat kini sudah mulai sedar dengan pakatan dan semakin beralih memilih kerajaan yang paling banyak berjasa iaitu BN..Jadi sumpah Anwar amat diperlukan bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada pakatan!!!

Kelima, PAS menyatakan di media-media bahawa petugas mereka dipukul penyokong BN bagi memburukkan imej BN di Bagan Pinang…tetapi PAS tidak dapat menerima apabila Datuk Azeez dipukul oleh penyokong PAS kerana dikatakan penyokong PAS tidak akan sanggup bertindak sedemikian!!! Seharusnya PAS sedar bahawa kebanyakkan penyokong pakatan kini terdiri dari golongan samseng dan terlalu taksub dengan pemimpin pakatan dan parti yang dianuti!!!

--------------> Pakatan yang kini sudah mencapai tahap terdesak akan sanggup melakukan apa sahaja supaya rakyat member undi kepada mereka..kepada rakyat Bagan Pinang jangan sekali-kali tertipu dengan strategi pembangkang yang sering melakukan fitnah dan provokasi kepada BN..!! Janganlah sejarah di Perak berulang lagi, cina didahulukan…melayu dibelakangkan!!! Undilah kerajaan yang telah membawa negara kemercu kejayaan dan kegemilangan bagi memastikan generasi kita terus harmoni dulu, kini dan selamanya…

UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!

Ziana Zain Perlu Bertindak Demi Maruah Diri Dan Keluarga

|


Dengan tersebarnya fitnah paling dahsyat dan amat memalukan,..kami para blogger merayu supaya Ziana Zain mengambil tindakkan saman ke atas pemilik blogger Kerabubersuara.blogspot.com kerana menuduh Ziana ditangkap khalwat bersama PM Dato’ Seri Najib Tun Razak!


Blogger ini juga menfitnah Rosmah Mansor dengan mengatakan ada lelaki Bangla menjadi pemuas nafsunya. Subhanallah…Ya Allah,..hancurkan pemfitnah berat ini. Sesungguhnya kami mendoakan pembuat fitnah dari pakatan rakyat terutamanya pemilik blogger KerabuBersuara.blogspot.com diturunkan pengajaran dan petunjuk.


Sesungguhnya,…Pakatan Rakyat akan lakukan apa sahaja demi melakukan politik songsang mereka. Cekalkan hati serta tekadkan pilihan,…Undilah Barisan Nasional pada 11 Oktober nanti!!!


--------------> Kami sebagai pemerhati politik,..menyaran artis Ziana Zain yang sepanjang karier nyanyiannya tidak pernah terlibat dengan gossip liar supaya menyaman petualang bangsa seperti kes ini @ buatlah pendedahan serta pengakuan di media rasmi.Saksikan Fitnah Blogger Pakatan Rakyat :(http://www.kerabubersuara.blogspot.com/2009/10/pendedahan-panas-pemuas-nafsu-rosmah.html)

Anwar @ Sesumpah!!!

|

Dengar khabarnya Anwar Ibrahim akan hadir ke salah sebuah masjid di Port Dickson untuk melakukan sumpah atas segala tuduhan yang dihadapinya pada waktu ini…sama ada sumpah laknat atau sumpah yang tidak membawa apa-apa erti kita tunggu dan saksikan nanti...10 tahun dulu Anwar pernah bersumpah di Johor Bahru bahawa dirinya telah difitnah oleh Perdana Menteri ketika itu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad…namun sumpah itu terlalu umum dan boleh untuk dipertikaikan!!!


Namun kita harapkan sumpah Anwar bagi kali ini adalah sahih dan mengikut procedur yang diajar dalam Islam bagi seseorang yang ingin bersumpah dan termasuklah sumpah laknat itu sendiri..!!! Anwar yang terkenal dengan sesumpah haruslah membawa saksi dari kalangan alim ulamak bagi membuktikan kesahihannya melakukan sumpah dengan betul seperti yang terkandung dalam syariat Islam!!!

Sekiranya berpeluang, dicadangkan saudara Saiful Bukhari Azlan turun dan turut serta di majlis berkenaan serta melakukan sumpah laknat sekali lagi bersama tertuduh (Anwar Ibrahim) supaya setiap keraguan sebelum ini dapat dirungkaikan..!!

Jika benar Anwar akan bersumpah, ianya adalah satu petanda baik kerana kesekian lamanya rakyat Malaysia menantikan detik yang amat berharga ini iaitu tertuduh Anwar Ibrahim bersumpah laknat atas nama Allah dan demi agama Islam bagi membebaskan tuduhan yang dihadapi beliau meliwat Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadinya!!

----------------> Seperti biasa Anwar yang terkenal dengan selalu bersumpah secara bersahaja akan bersumpah untuk membersihkan namanya sebagai peliwat selain terkenal dengan gelaran pengkhianat bangsa yang disandangnya kini!!! Kita tunggu dan saksikan Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar cita-citanya menjadi PM Malaysia!!!
UNDILAH BARISAN NASIONAL di Bagan Pinang!!

PAS Pinggirkan Ideologi Demi Kepentingan Politik

|

Di PRK Bagan Pinang sepanjang tempoh berkempen, PAS langsung tidak mengeluarkan kenyataan atau manifesto untuk menegakkan hukum Islam sekiranya memenangi PRK pada kali ini…adakah PAS sudah beralih arah dan mengetepikan agenda asal penubuhan PAS untuk menegakkan hukum Islam di Malaysia??!!! Semua ini mungkin terjadi disebabkan tekanan PKR dan DAP yang langsung tidak memberi respon atau mengeluarkan sebarang kenyataan tentang pendirian parti-parti tersebut untuk merealisasikan agenda asal PAS!!!


Apa yang didapati di Bagan Pinang hanya manifesto biasa yang mencerminkan seolah-olah PAS bukan lagi bergelar sebagai Parti Islam secara syumul tetapi hanya sekadar namanya sahaja…Mursyidul am PAS, Nik Aziz pula hanya tahu menjanjikan syurga kepada penyokong yang memberi undi kepada PAS tanpa rasa bersalah dalam menyesatkan umat Islam Malaysia..!!!

3 Teras Utama Manifesto Zulkefly Mohamad Omar

1. Mengusahakan penaiktarafan jalan dari Telok Kemang ke Pasir Panjang.
2. Bertekad menyelesaikan masalah peparitan, banjir kilat dan pembiakan lalat dan nyamuk.
3. Mengusahakan pemuliharaan alam sekitar serta penjanaan industri pelancongan setempat.

Adakah PAS mampu merealisasikan manifesto diatas sekiranya menang??!! Tak mungkin ianya dapat dilaksanakan kerana parti itu tidak sehaluan dengan kerajaan negeri dan persekutuan..!!! Ianya hanyalah sebagai syarat yang PAS mempunyai manifesto untuk mengaburi mata rakyat Bagan Pinang..seperti biasa setiap janji mudah dilafazkan pakatan rakyat namun di setiap negeri yang diperintah pembangkang sampai hari ini pun tidak mampu melaksanakan agenda seperti dalam manifesto PRU-12…

--------------> PAS sudah mulai gentar dalam PRK kali ini sampaikan sanggup untuk memohon menagguhkan pilihan raya kerana parti itu tidak mendapat sambutan di Bagan Pinang..seperti biasa SPR akan disalahkan di setiap tempat yang memungkinkan pakatan rakyat tewas!!! Inilah sikap pembangkang yang jelas telah menghuru-harakan proses demokrasi yang diamalkan sejak sekian lama. Untuk itu…UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Hebatnya Calon PAS Bagan Pinang Berselindung !!!

|


Calon PAS Bagan Pinang, Zulkefly Mohd Omar dikatakan mempunyai saham dalam syarikat ALLMAX PENINSULA Sdn. Bhd dan merupakan Pengarah Syarikat L&R Enterprise Sdn. Bhd. serta MACRO GOODWILL Sdn. Bhd. Jumlah bagi satu-satu syarikat berjumlah RM 15 ribu, RM 499 ribu dan RM 700 ribu. Jumlahnya...lebih sejuta ringgit!!!


Buat masa sekarang, kesemua syarikat ini tidak aktif, inilah calon PAS yang dikatakan sangat bersih dan terkenal dengan ketawadukkan dalam setiap perbuatan!!! Selalunya pakatan rakyat sering menuduh pemimpin-pemimpin BN kaya dengan rasuah!! makan duit rakyat!! Dan macam-macam lagi…sedangkan pemimpin pakatan haram ini pun mengaut kekayaan untuk keluarga hasil dari jawatan yang disandang sebagai wakil rakyat!!! Lihat saja pada Anwar Ibrahim yang merupakan ketua pakatan rakyat yang sangat disanjung baru-baru ini di anggarkan aset peribadi Anwar bernilai 3 billion..!!! daripada mana datangnya sumber kekayaan yang tidak terkira banyaknya ini???!!!


Sudahlah..!!! Pakatan tidak layak memainkan isu kekayaan yang dimiliki pemimpin BN sedangkan mereka sendiri mempunyai pendapatan yang lebih daripada sepatutnya!!! Lihat saja pada pemimpin pakatan yang baru sekejap memerintah mampu memiliki aset yang tidak pernah mereka miliki sebelum ini…!!! Dato’ Ahmad Awang yang dulunya bankrup kini mampu selesa kembali dan pemimpin DAP seperti Nga dan Ngeh yang baru sekejap memerintah Perak sudah bergaya dengan Mercedes..kononnya dikatakan orang cina beri…beri pun mesti bersebab!!! Fikir-fikirkan…


---------------> Bagan Pinang seharusnya sedar mereka memerlukan wakil rakyat yang mampu menjamin kesejahteraan dan pembangunan di kawasan berkenaan. Lim Guan Eng juga salah seorang yang kaya selepas memerintah dimana dia mampu membina banglo mewah untuk kesenangan diri dan keluarga..inilah sikap tersembunyi pakatan rakyat sebenarnya!!! Jangan kita tertipu..undilah Barisan Nasional demi mempertahankan kedaulatan, kemakmuran dan kemajuan negara yang kita cintai ini..

PAS Benarkan Menghina ISLAM???

|


Menurut Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pemimpin PAS pada masa kini telah berubah sehinggakan sanggup menghina bangsa Melayu yang seagama dengan mereka dan menghina agama Islam itu sendiri..!


Tun dalam luahannya berkata,...


1. 'Pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri untuk kepentingan politik!!'.. 'Kalau orang macam ni jadi pemimpin susahlah...negara akan mundur sekiranya pentadbiran berpindah daripada BN kepada Pembangkang (Pakatan Rakyat) kerana kebanyakkan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat dan bukannya bekerja memajukan negara'


2. 'Dulu PAS kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir...sekarang bukan saja bekerjasama dengan bukan Islam tapi dia kata ternak babi pun tak apa...tapi orang Islam tak boleh makan babi'


3. 'PAS ambil tafsiran dalam Al-Quran kata orang Islam tak boleh makan babi...tapi PAS tidak kata tak boleh ternak babi.!!! Kalau dah ambil tafsiran macam tu maknanya kita boleh ternak (babi), kita boleh jual (babi) tapi jangan makan, pasal nak setuju dengan orang ni (DAP)...kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali.!'


Tetapi menurut pendapat naib presiden PAS, Salehudin Ayub yang terus menerus mempertahankan ahli parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan yang memetik ayat Al- Quran dari Surah Ali-Imran dalam ucapannya di markas PAS yang jelas menghina UMNO dan umat Islam..!!!


Malahan Salehudin sanggup mempertikaikan umat Islam yang membantah tindakan Gobalakishnan dengan katanya, ' Salah ke Gobalakrishnan memetik beberapa ayat Al-Quran di dalam ceramahnya??!!!'


Tambahnya lagi, ' PAS melihat ini bukannya satu kesalahan kerana tujuan Gobalakrishnan adalah untuk menguatkan hujahnya ketika memberi ceramah'..'Di Mesir, rakyatnya yang bukan beragama Islam antaranya masyarakat Yahudi sering memetik ayat-ayat suci Al-Quran'.. 'Sebenarnya Islam tidak pernah melarang orang-orang bukan Islam berbuat demikian'.


Diatas reaksi PAS ini lah semakin ramai orang bukan Islam termasuk bekas Exco DAP Perak dengan berani mengeluarkan ayat suci Al- Quran ketika menyampaikan ceramah di kawasan PAS dengan alasan untuk menguatkan hujah..!!! Penyokong PAS pula bertepuk bangga kononnya pemimpin Pakatan yang bukan beragama Islam juga boleh membaca kalam Allah..!!


-------------> PAS yang menjadikan kaum Yahudi di Mesir sebagai mentor semakin merusutkan hati dan masa depan umat Islam di Malaysia..selain kenyataan yang mencelarukan yang dikeluarkan mursyidul am PAS yang semakin hari semakin menyimpang jauh termasuk bercanggah dengan FATWA Kebangsaan..!!! Orang bukan Islam dalam pakatan akan bertambah gembira dan senang hati dengan perpecahan demi perpecahan Melayu dan orang-orang Islam di Malaysia !!!

KEGELISAHAN PAKATAN RAKYAT DI BAGAN PINANG

|


Tinggal 4 hari lagi tempoh berkempen untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang...ternyata manifesto pakatan rakyat tidak mampu untuk menarik pengundi Bagan Pinang untuk mengundi calon PAS, Zulkefly Mohd Omar..ini terbukti dengan terlalu sedikit penduduk di DUN Bagan Pinang yang menghadirkan diri di ceramah-ceramah yang dianjurkan pakatan rakyat!!!


Tren rakyat kini mungkin sudah mulai sedar akan pembohongan dan penipuan yang dilakukan pakatan semata-mata untuk memenuhi nafsu mereka berkuasa dan memerintah!!! Lebih-lebih lagi calon yang diletakkan oleh Barisan Nasional merupakan seorang yang berpengalaman dalam selok belok pentadbiran malah pernah memegang jawatan MB Negeri Sembilan... PAS mungkin ketandusan isu dalam PRK Bagan Pinang kali ini melainkan isu rasuah politik yang melibatkan Tan Sri Isa Samad dan menganggap beliau sebagai calon 'recycle'...calon 'recycle' adalah lebih baik kerana lebih berpengalaman dalam pentadbiran dan mampu menjaga kesejahteraan rakyat seperti yang diharapkan..!!


Sekiranya PAS tewas di PRK ini kita pastinya kita akan dapat lihat dan dengar fitnah dan tomahan kononnya adanya pengundi hantu dan penipuan yang dilakukan SPR..Berbeza dengan kemenagan yang dimenangi pakatan rakyat yang sememangnya dikatakan sebagai bersih dan halal di sisi agama sepanjang PRK selepas PRU-12!!! Inilah yang dinamakan PAKATAN HARAM!!! sekiranya kemenangan berpihak kepada mereka SPR sememangnya telus...dan sekiranya tewas SPR pasti akan dilabel sebagai menipu dalam mengendalikan pilihan raya.!!!


-----------> Rakyat Malaysia sudah mulai sedar dengan pembohongan dan janji-janji kosong pakatan rakyat!!! kepada pengundi yang mengundi pakatan, berubahlah!!! sedarlah!!! UNDILAH BARISAN NASIONAL... semuanya untuk kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran generasi kini dan akan datang...Pilihlah BN di Bagan Pinang.

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB