SIAPA CALON BN???

|


Hari yang ditunggu-tunggu, BN menerusi timbalan PM akan mengumumkan calon di Bagan Pinang pada pukul 4.30 petang nanti...diharapkan penilaian yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dalam memilih calon adalah tepat dan memenuhi kehendak rakyat di kawasan berkenaan. Perdana Menteri dijangka akan turut berada pada majlis penamaan calon bagi menyatakan sokongan padu kepada calon BN yang dipilih.


Pas pula khabarnya akan mengumumkan calon mereka pada esok yang akan dilakukan oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Ianya juga akan disertai oleh para pemimpin tertinggi Pakatan.!!!


Sejak seminggu bendera parti yang bakal bertanding telah dinaikkan menandakan parti yang akan bertanding semakin panas dalam usaha memenangi pilihanraya tersebut.!!! PAS sudah pastinya akan memulakan ceramah kutuk mengutuk calon BN walaupun Nik Aziz meminta setiap ceramah yang diadakan oleh Pakatan perlu dielakkan dari mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun bagi menghormati bulan yang mulia..


Lazimnya diketahui dan dijangka Pakatan akan menggunakan kelebihan isu di Terengganu dalam menarik undi rakyat kepada mereka, ianya merupakan satu bonus untuk Pakatan memperlihatkan keampuhan kerajaan Teregganu yang ditunjangi BN.!!!


Isu ‘kepala lembu’ juga dijangka akan menjadi satu bonus dalam menghentam kerajaan BN walaupun ianya dengan jelas menunjukkan bahawa ianya propaganda Pakatan untuk memburukkan BN dimata rakyat India.!!! Isu ini mungkin mampu menarik masyarakat India yang sebelum ini mengundi BN akan beralih arah mengundi PAS.!!! Pemimpin BN sewajarnya memberi penjelasan yang sewajarnya kepada penduduk India di DUN Bagan Pinang dan seluruh negara bagi membersihkan nama BN tidak dikaitkan dalam isu ini..!!!


-----------------> Diharapkan pemimpin dan gerak kerja BN akan bersungguh-sungguh dalam memastikan kemenangan milik BN,..tidak seperti di Permatang Pasir yang mana gerak kerja BN amat lemah dan mengecewakan..!!! Teruskan usaha mendekati rakyat walau siapa pun calon yang diletakkan BN bagi memastikan BN mampu mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang!!!

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB