ANGKUHNYA PEMIMPIN PAKATAN

|


MB Kelantan yang juga mursyidul am PAS baru-baru ini mengeluarkan kenyataan meminta ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melepaskan jawatan supaya boleh diadakan pilihanraya kecil kawasan berkenaan disebabkan tindakan Ibrahim Ali dengan lantang sering mengkritik pakatan rakyat secara terbuka!!!!.

MB Kelantan dengan angkuh dan sombong telah menyatakan bahawa alaun ahli parlimen Ibrahim Ali adalah haram..!! kerana rakyat telah mengundi beliau diatas tiket PAS tetapi apabila Ibrahim Ali telah memenangi pilihan raya pada PRU-12 beliau tidak henti-henti mengkritik pakatan rakyat termasuk PAS ..

Hal ini tidak disenangi oleh pemimpin pakatan terutama apabila Datuk Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan bahawa MB Kelantan tersebut telah mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dalam pentadbiran negeri Kelantan..!!!Nik Aziz menyatakan bahawa penduduk Parlimen Pasir Mas meminta Ibrahim Ali melepaskan jawatan supaya boleh diadakan pilihanraya di kawasan tersebut bagi memenuhi kehendak rakyat di kawasan berkenaan..Inilah strategi pakatan bagi menutup semua lubang kesalahan mereka!!!

Ibrahim Ali pula menyatakan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatan kerana beliau telah mendapat mandat daripada rakyat Pasir Mas!!! dan beliau sanggup menghabiskan alaun beliau sebagai ahli parlimen untuk melihat kesenangan rakyat di kawasan berkenaan walaupun ianya tidak seberapa… Menurut beliau ,sejak 19 tahun pemerintahan PAS dibawah Nik Aziz, Kelantan tidak menunjukkkan sebarang perubahan dan kemajuan berbanding negeri lain. Hai ini amat menyentuh hati beliau dan dengan sinis beliau meminta Nik Aziz yang melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan terlebih dahulu.

Menurut Ibrahim Ali lagi, beliau akan mencadangkan di Parlimen pada bulan hadapan supaya dilantik mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi penasihat kerajaan dan UMNO bagi memastikan kedudukan Melayu dan Agama Islam terus dipertingkatkan!!! Tun boleh memberi cadangan tetapi terpulang kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak sama ada mahu mengikut ataupun tidak kerana setiap Perdana Menteri mempunyai visi dan misi tersendiri…

------------->Ternyata kritikan hebat Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA telah menggugat sedikit sebanyak keutuhan Pakatan Rakyat..!!!! Pastinya ianya tidak disenangi dan memberikan kesan yang negatif kepada pakatan!!! Tanpa kritikan pedas ini sudah pastilah Pakatan meresakan setiap tindak tanduk mereka betul semuanya..!!!

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB