PERLIS versus KEDAH!!!

|




Sejak YAB Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Dr Md Isa Bin Sabu mengambil alih kerusi MB Perlis dari YB Shahidan Kassim hari ini Perlis boleh dikatakan semakin membangun dari sehari ke sehari. Dengan kejayaan UMNO/BN Perlis memenangi kesemua kerusi DUN kecuali Sanglang dan Parlimen menujukkan kemampuan Md. Isa semakin menyerlah dalam menguruskan pentadbiran negeri. ..

Rakyat kini semakin berpuas hati dengan pentadbiran Md Isa malah beliau disifatkan oleh pembangkang di DUN Perlis sebagai MB yang telah menyalurkan hasil negeri kepada rakyat secara menyeluruh.!!! Ini sekaligus menunjukkan pretasi dan reputasi baik terhadap kepimpinan UMNO/BN Perlis secara khusus dan kerajaan perserkutuan amnya.
Kini dapat dilihat kesemua projek-projek tertangguh disiapkan dengan segera..!!! serta termasuk beberapa projek baru di Kangar dan paling banyak di Kuala Perlis…

Sifat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Md Isa juga menambahkan keyakinan rakyat meneruskan kesinambungan kepimpinan UMNO/BN Perlis.. Tahniah Dato’ Seri!!!

Berbeza dengan kepimpinan di negeri Kedah yang diterajui oleh Ustaz Azizan kelihatan begitu lemah dan amat memalukan..!!! Projek-projek dinegeri Kedah kini secara keseluruhan adalah dari kerajaan Barisan Nasional sebagai bukti lihat saja pada papan tanda projek semuanya atas nama kerajaan persekutuan!!!Sepanjang penelitian hampir setahun setengah PAS mengambil alih negeri Kedah, tidak ada satu pun projek yang belum boleh dilihat dan dibanggakan oleh rakyat negeri ini!!!

Ternyata pentadbiran yang lemah dibawa oleh PAS ke dalam kerajaan negeri Kedah.!!! Seperti biasa apabila sesuatu projek di jalankan kerajaan persekutuan di Kedah…konco-konco Ustaz Azizan yang akan lebih-lebih seolah-oleh projek tu projek mereka..!!! Berbeza dengan PerlisKedah kini kelihatan lebih tidak membangun dari pelbagai aspek..mungkin kita akan lihat Kedah akan membangun selepas PRU-13 dan kerajaan PAS Kedah haruslah dijatuhkan!!! Ini adalah untuk kebaikan rakyat Kedah yang dahagakan pembangunan yang terhenti kerana pimpinan PAS Kedah yang lembap dan langsung tidak berkesan..!!!Lebih memalukan MB Kedah kini digelar sebagai ‘MB JOKER’ oleh rakyat Kedah sendiri..!!!

Orang-orang Kedah kini mula menyesal kerana memilih PAS sebagai kerajaan negeri…ramai rakyat kini membenci kerajaan pimpinan MB Joker ini..!!! Rakyat Kedah banyak yang telah rugi dengan perberhentian projek menambak sawah untuk pembangunan!!! Fikirlah Ustaz Azizan!!! Kalau tak tambak sawah di Alor Star, macam mana nak bangunkan ibu negeri Kedah??? Sedangkan semua projek tu pada masa yang sama akan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Kedah!!! Alasan MB Joker ni tak nak bagi beras Malaysia kering..!! Boleh blah laa MB joker…!!!

-------------> Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU-13

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB