PENIPUAN Pas Negeri Kedah !

|

Assalamualaikum,...





Kepada rakyat Utara dan Kedah khususnya,...ingatkah lagi anda tentang pengumuman projek Penapisan Minyak yang bakal dilaksanakan di daerah 'Tanah Tumpahnya Darah MB Azizan' baru-baru ini????
Itu baru kawasan,... :)

Tahukah anda yang lokasi projek itu telah diubah dari kawasan Yan (persisir pantai) ke Sungai Limau,...???
Sungai Limau merupakan DUN yang disandang MB Kedah iaitu Dato' Seri Ustaz Azizan!!!

Bukan hanya tempat diubah,...nama industri yang sebelum ini dikenali sebagai 'Zon Industri Petroleum Yan' pun turut diubah dalam memastikan tiadanya kesan sumbangan BN dalam projek ini di mata rakyat!

Tapi,...kali ini lokasi bukan menjadi topik bicara utama,...
Namun apa yang bakal diperkatakan adalah tentang rasionaliti serta ketelusan dan konsistensi dalam melakukan sebarang perlaksanaan oleh kerajaan Pakatan Rakyat @ PAS di Kedah!
Pengumuman perjanjian pembinaan Pusat Penapisan Minyak yang berbilion ringgit harganya itu merupakan projek yang telah diusahakan oleh BN!!!

Untuk pengetahuan anda,...EXCO-EXCO dari kerajaan negeri BN sebelum inilah yang bertungkus lumus mendapatkan pelabur sebesar itu di negeri Kedah...
Mereka (iaitu PAS) hanya menumpang hasil kerja orang lain!!!
Tetapi hari ini sibuk membicarakan tentang pulangan yang bakal diperoleh Kedah setiap tahun bakal mencecah RM 400 juta apabila ia siap kelak!

Sudahlah menumpang,...apa yang anda sebagai rakyat utara perlu tahu lagi adalah,...konsistensi dalam melakukan perlaksanaan (jangan jadi hipokrit)!
Suatu ketika dulu,...ketika MB Azizan menjadi ketua Pembangkang tahukah anda apakah reaksi mereka selaku pembangkang tentang projek ini???

“Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga Adun Sungai Limau berkata projek atas inisiatif pihak swasta itu, yang menelan kos RM50 bilion, akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan juga kesihatan manusia.Beliau turut menunjukkan hasil kajian pakar mengenai bahaya industri petrokima yang membuat tinjauan terhadap sekurang-kurangnya enam tragedi kilang kimia di seluruh dunia”... (sumber Harakah)

Ditanya peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk setempat, Ustaz Azizan berkata :

“Menurut taklimat kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah, diperincikan bahawa semasa pembinaan, sebanyak 5,000 peluang diwujudkan, tetapi apabila operasi bermula, ia hanya tinggal 800”"Dan yang 800 peluang pekerjaan itu sekadar membabitkan tenaga kerja yang pakar dalam sektor petroleum. Orang kampung mungkin boleh jual nasi lemak atau karipap," katanya. (sumber Harakah)


Jika ketika mereka menjadi pembangkang,...beliau menabur kata-kata berunsur tidak setuju serta menganggap projek ini hanyalah penipuan dana kerajaan negeri,....
tapi mengapa kini mereka laksanakan????
KERANA WANG???
atau kerana MB Azizan mempunyai kepentingan tertentu???

-----> Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU 13!!!

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB