MENJELANG PILIHANRAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR

|



Allahyarham Dato’ Mohd Hamdan Abdul Rahman telah aman bersemadi menghadap Maha Pencipta. Semoga segala amalan baiknya di dunia ini dibalas dengan kebaikkan di akhirat kelak… Seperti biasa setiap ahli dewan undangan negeri yang berundur mesti diganti dan pilihanraya kecil yang ke-6 bagi tahun 2009 akan diadakan di Permatang Pasir. Seperti yang diketahui, DUN ini berada di bawah kerusi Parlimen yang disandang oleh Anwar Ibrahim.!!! Ternyata pilihanraya kecil ini pasti akan sengit dengan kedua-kedua calon dari UMNO/BN dan Pakatan Rakyat serta mungkin dari calon-calon bebas.

Siasahdaily yang pada awalnya telah menjangkakan Mat Sabu akan bertanding DUN ini. Alasannya adalah kerana Mat Sabu kini sudah mencipta nama di Pulau Pinang dan dilantik menjadi penasihat untuk hal-hal tertentu di sana. Dijangkakan, Lim Guan Eng akan campurtangan sekiranya calon PAS yang diletak di sana adalah mereka yang beraliran agama yang mampu menggugat pemerintahan beliau yang kononnya ingin mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Umum mengetahui ianya hanya indah khabar dari rupa. Alasan yang akan diberikan oleh Lim Guan Eng ialah sekiranya PAS Kelantan boleh meletak calon bukan beraliran agama (seperti ustaz atau ulamak) iaitu kini (YB Fauzi) yang merupakan seorang pemborong ikan, kenapa di Pulau Pinang tidak boleh. Kalau di Kelantan majoriti Melayu menerima 'pemborong ikan', kenapa tidak boleh letak calon popular seperti Mat Sabu di Permatang Pasir. PAS yang bagai lembu dicucuk hidung perlulah mengikut rentak Pakatan untuk menjaga hati orang Cina dan India terutamanya di Pulau Pinang.

Di Permatang Pasir PAS dan Pakatan dijangka akan menggunakan isu peribadi dan masalah dalam keluarga Perdana Menteri. Misalnya isu Rosmah!!! Tujuannya, apabila menarik kebencian kepada isteri PM, secara tidak langsung rakyat akan membenci UMNO/BN. Setelah pelbagai serangan telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat kepada Najib Tun Razak tidak menjadi dan dipandang sepi… Dasar-dasar PM kini dikatakan mampu mengurangkan undi majoriti penduduk terhadap Pakatan dan PAS.
PAS seperti kebiasaan akan menggunakan isu memburukkan peribadi lawan terutama UMNO/BN termasuk memutarbelit apa yang berlaku di Kg Buah Pala dan beberapa isu lain. Anwar pula akan memulakan cakap-cakap talam dua muka yang telah sekian lama sebati dalam jiwanya. Disebabkan DUN ini berada dibawah Parlimen Anwar, Anwar sudah pastinya akan menggunakan pelbagai kelebihan di tempat sendiri bagi mengembalikan keyakinan rakyat di DUN Permatang Pasir setelah beberapa pilihanraya kecil menyaksikan sokongan orang-orang melayu terhadap Pakatan Rakyat semakin menyusut…

Kita akan saksikan tembelang pembangkang yang semakin retak menanti belah di PRK Pmtg Pasir kali ini…semoga Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin akan mengatur strategi untuk merampas kembali kerusi DUN tersebut.!!! Kita doakan bersama.!!!

-------> Pastikan PAS Kedah tumbang di PRU-13

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB