DISKRIMINASI KAUM DI KEDAH

|


Adun Lunas, Y.B Mohamad Radzhi Salleh telah dilucutkan potfolio Exco Kerajaan Kedah merupakan satu tindakan yang jelas memperlihatkan diskriminasi kaum yang berlaku di Kedah apabila tempat beliau telah digantikan oleh Adun Kulim, Y.B Lim Soo Nee untuk memegang jawatan exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia

Tindakan MB Kedah, Azizan melantik Adun Kulim memegang jawatan exco yang sepatutnya diperuntukkan kepada Melayu merupakan satu propaganda PAS untuk menarik undi kaum cina sekiranya berlaku PRK Seputih seperti yang diura-urakan..!!! PAS seolah-oleh tidak menghiraukan sensitiviti melayu Kedah dalam hal ini…ini mungkin disebabkan Azizan melihat pada setiap PRK sepanjang tahun ini tren pengundi bukan Melayu untuk menyokong UMNO/BN begitu kurang sekali..!!!

Setelah mendapat perkenan Sultan Kedah….Azizan dengan tanpa berfikir panjang..!!! tanpa menggunakan pertimbangan agama.. dan sesitiviti melayu lantas menarik YB Kulim untuk mengantikan jawatan yang dikosongkan tanpa rela oleh Adun Lunas sebelum ini yang bertindak keluar dari PKR dan mengishtiharkan sebagai wakil bebas… Inikah kerajaan PAS yang dikatakan untuk semua???!!!

Sebagai rakyat Kedah…tindakan Azizan ini jelas memperlihatkan kerajaan pakatan Kedah bertunjang dengan undi kaum cina untuk mengekalkan kedudukan pembangkang di Kedah…dan sebagai orang melayu tindakan Azizan adalah sangat biadap dan menyimpang jauh dari matlamat asal menjaga hak-hak melayu di Kedah.!!! Sedangkan majoriti di kedah terdiri dari kaum melayu kenapa pula jawatan exco ini dilepaskan kepada cina??!!

Ketua pembangkang dun Kedah sepatutnya menyuarakan ketidakpuasan dan kritikan terhadap tindakan Azizan ini!!! Sekiranya ketua pembangkang Kedah tidak mampu melakukan kritikan dan kecaman sehingga mampu menggoncang kerajaan seperti di Selangor… diharap ketua perhubungan UMNO Kedah DS Shafie Apdal mengambil langkah drastik dengan menukar ketua pembangkang dun Kedah bagi memastikan setiap isu mampu disuarakan dan ditentang jika perlu!!! Kepimpinan Azizan seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja!!!

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB