Kedah dibawah Pemerintahan PAS

|

Kerajaan Kedah yang kini dibawah pemerintahan PAS menunjukkan reputasi yang amat memalukan dimana dari hari ke hari dapat dilihat dengan jelas kepincangan dan kemerosotan ekonomi negeri yang kini mula memberi impak yang besar kepada rakyat Kedah khasnya. Sebagai contoh disini, Majlis Bandaraya Alor Star tidak mampu untuk memberikan khidmat yang memuaskan kepada penduduk sekitar Alor Star yang mana sampah sarap yang banyak tidak dikutip oleh pihak MBAS sehinggakan kadang kala berlanjutan sehingga seminggu.
Bayangkanlah situasi ini sekiranya dibiarkan dan tidak mampu diatasi oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan. Ini jelas mencerminkan ketidakmampuan kerajaan PAS dalam mengurus tadbir kerajaan Kedah. Bayangkanlah!!! sepanjang jalan dari Bandar Alor Star ke Muzium Padi di Gunung Keriang setiap tong sampah dipenuhi dengan sampah sarap yang boleh menjejaskan imej negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya dikalangan para pelancong yang melancong di negeri jelapang padi ini.

Adakah ini yang dikatakan kerajaan Islam yang seringkali dilaungkan oleh semua pemimpin PAS terutamanya di Kedah sedangkan sampah sarap pun tidak mampu diuruskan dengan baik inikan pula soal-soal yang melibatkan pendapatan negeri atau cara menjana ekonomi negeri yang masih. Islam mementingkan kebersihan, jadi kerajaan pimpinan alim ulamak di Kedah kenapa tidak mampu untuk merealisasikan apa yang menjadi tanggung jawab umat Islam untuk membersihkan sampah sarap yang kian menjadi-jadi kebelakangan ini.

Cakap-cakap mengatakan MBAS tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan dalam urusan menyelia sampah sarap dan tumbuhan dalam bandar Alor Star. Ini secara tidak langsung menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam MBAS iti sendiri, cuba bayangkan 'Keruntuhan MBAS' yang akan berlaku, apabila berlaku Datuk Bandar kearah Kerajaan Negeri (pimpinan PAS) Setiausaha kearah Mahadir Khalid, dan Penolong Setiausaha tidak jelas apa-apa, jika profesionalisma tidak diletakkan ditempat tertinggi. Apa yang akan berlaku kepada kakitangannya?!!!

Maka berpecah pecahlah kumpulan ini dan tidak tahu arah nak diikuti. Mereka akan mengikut ketua yang akan memberi kelebihan dan manafaat kepada diri mereka. Maka berlakulah masalah seperti sekarang, sampah menimbun disana sini. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah ini. Jangan hanya mampu berjanji kosong sewaktu pilihan raya tetapi ttidak mampu melaksanakannya apabila sudah berjaya memerintah. Janji kosong memang mudah untuk dilafazkan tapi untuk kotakan janji tersebut memerlukan sumber kewangan yg mencukupi. Ketiadaan kesefahaman antara kerajaan negeri dan persekutuan akan menyukarkan lagi masalah ini. Sampai bila masalah ini akan berlanjutan. Kita tunggu dan saksikan.

 

©2009 Utara-Online | Template Blue by TNB